Sunday, June 07, 2026
Iman Qowiy Rabun
Sunday, November 16, 2025
Life updated!
Iman & Hajar Journey! Since 2023
I guess I should rename this page already! Haha
Surprise, I am now a mother of two! Alhamdulillah alhamdulillah. A boy and a girl. And that is my wish. And aku percaya, ramai yang berimpian yang sama. Ada anak, lelaki perempuan sepasang. You got everything that u wished for. Jadi ujiannya di mana?
Hajar Attahirah dilahirkan sebagai down syndrome clild, trisomy 21. Where di dunia, 1 dari 1000 kelahiran. Chromosome ke 21 dia terpecah tiga as compared to us typical yang terpecah dua shj.
Okaylah nanti sambung tulis lagi, sebab husband sy bising sebelah ni tengok video pancing ikan. Bai! Tak fokus gueee nak menulis.
Thursday, October 22, 2020
Rawatan Iodin untuk Pesakit Hyperthyroid
Hai. Assalamualaikum.
Nampak gayanya blog ni updated setahun sekali hahaha. I'm so used to typing in phone keyboard with predictive word, rasa macam lembab pulak menaip kat laptop ni ahaha.
Anyway, yesterday I've just go through iodine treatment for my hyperthyroid yang aku pernah ceritakan kat sini - Hyperthyroidism Summary. So turns out, even after delivery, my hormone thyroid is still degil, turun naik turun naik. Mungkin kerana kadang2 ada tertinggal makan ubat jugak. Tapi tak la selalu. Sgt jarang.
So sebab dah almost 2 years makan ubat PTU and then sambung with Carbimazole. Start makan dalam bulan Nov 2018, so sekarang dah Oct 2020. Iman pun dah almost 1 tahun 4 bulan.
Why have to go for this treatment? Okay, aku explain ikut pemahaman aku ye. Hyperthyroid ni adalah bila, tyhroid gland (mesin yg produce hormon thyroid tu) produce too much of thyroid hormone. Why is it bad? Sebab thyroid hormones control banyak benda dalam badan manusia, termasuklah heart beat, muscle, kesuburan & sebagainyalah. So if its too much, nnt sytem badan kita kucar kacir la. Having too much of something is never good. So the uses of iodine in this treatment akan, melumpuhkan thryriod gland tu kot rasanya daripada produce hormon tu lagi. Ataupun maybe dia macam nak reset balik the system of thryroid gland tu. Iodin akan buang semua hormon yg ada dekat situ, so dia akan reset & start fresh. & having hypothyroid is soo much better than having hyperthyroid. So insya Allah, semuanya baik2 saja. Gee power. I can do it. My body can do it.
So doctor actually dah cakap pasal iodine treatment ni few times dah actually. Dia dah start explain dalam beberapa few appointments sebelum we proceed to it. So mula2 kena tengok result darah. Ada level dia, Hormone tak boleh terlalu tinggi. Doc cakap kena dalam T4 30 ke bawah mcm tu. So lepas latest result darah is okay, terus doc setkan appointment.
And my situation kinda ideal to proceed with it. Sebab iman tak susu badan. Dia susu formula, sebab if proceed with the treatment, you have to give up the breastfeeding for the current baby. But for next baby should be no problem. So they have to made sure, I'm not pregnant also. And I'm not because I'm on contraceptive pills. Sebab baby can affected directly & janin boleh rosak & you can have misscarriage because the iodine has radioactive.
I okay aje. For me Iman still small lagi. I'm not ready. Iman not ready. So okay sahaja. And after 6 months of this treatment, then I can proceed for second baby. Hopefully all is well. And the next time I go to IKN, I'll be just for normal check up. Aminn with me pls.
Okay so the treatment is at IKN, Institute Kanser Negara. Knowing that I have to do the treatment there, rasa cuaks la jugak, tp so far untuk government mmg dekat situ je. So takyah pikir banyak. Bayaran sekali minum RM125 je. I think its quiet okay for the amount sebab masa jumpa doc, doc cakap the meds are from German.
So the process is, Hospital Melaka will have our consent to book the appointment for iodine treatment with IKN. Then IKN will call us directly to tell us the date. So my last appointment with Endocrine Clinic, Hospital Melaka is on 2nd of Sept. IKN called me on 22nd of Sept, and the date for the treatment is yesterday lah, 21st Oct. So pada aku since sekarang PKP, quite cepat la dapat date.
So sebelum tarikh tiba, kita arrange for Iman's punya tempat tinggal, sebab lepas minum iodin, I have tp quarantine my self for 8 days. Sebab radioactive can damaging people somehow especially kids under 12 years old & pregnant women. They are high risk category. 1st thought mmg nak tinggal dengan atok mak dia. Dah pernah cakap before ni. Tapi macam2 la pikir. Takut susahkan la, takut gaduh dengan hasya la haha, takut takleh handle la. Biasalah mak2 ni. And I never not meet Iman a day. And Iman tak pernah tak ada salah sorang, mama/ayah. Aku pernah la keluar nak jumpa mama & ada event, tp malam masih jumpa Iman. Dan Iwan pernah la masa pantang tak jumpa Iman, but Iman ada mama dia. So kitorg cuak jugak. Iman boleh ke? Kesimpulannya overthinking la.
Lepas tu terpikir nak hantar pengasuh la. Tapi pengasuh mintak RM900 for 8 days. Haha. Gua is tak mampu. So end up hantar rumah atok mak jugak. Tp dah tanya adik (read adik Iwan), boleh handle tak, dia cakap boleh. So onz saja. Lagi bagus Iman stays within family. Sekarang dah 2 malam dia tidur dengan atok mak. Alhamdulillah, dari cerita & perkhabaran, he's adjusting very well. Alhamdulillah ya Allah, Kau mudahkan urusan2 mereka yg menjaga Iman.
So hari semalam ke IKN, we decided to check in dekat Cyberjaya a day before, sebab appointment pagi pukul 9, so nak gerak dari Pahang (lepas hantar Iman) jauh tuuu. So pagi2 pukul 8 lebih dah check out sesiap. Sampai IKN terus daftar dekat Pesakit Luar sebab first timer. Okay then dia suruh terus pergi Perubatan Nuklear (Diagnostik). So bagi kad yg baru dapat tadi, then dapat nombor. Tunggu turn. Normal check up. Jumpa doc, minum iodine & settle.
Iodine tu kita akan minum dalam satu bilik. Then dia akan letak dalam satu bekas tembikar. Sikit sangat bendanya. Tak sempat nak menikmati pun. Lepas tu kita akan sedut guna straw. Tapi tangan semua takleh pegang tembikar & straw tu. Just tunduk & sedut sahaja. & dia akan bilas bekas tu dengan air masak, & kita akan sedut lagi sekali habiskan saki baki dia. Rasa dia macam plain water je. Lepas tu terus balik. Jgn merayau tak tentu hala. Lepas sejam minum tu, baru boleh makan.
So far staff IKN semua baik & mesra sangat2. Doc pun terangkan & answer all my question very clearly. I give them A for service. Tip top. Oh 7 hari sebelum rawatan, kena pantang makan seafood & telur kuning nurse cakap sebab mengandungi iodin jugak, so takut dia react dengan iodin yg kita minum tu. Lepas minum, takyah pantang dah. But to be save, tunggulah 2 3 hari.
And what happen to me after the treatment? Tekak rasa kesat & kering sikit. & thyroid gland tu membengkak. Sebab dia tengah kerja nak hilangkan all the hormon. Masa memula bangun petang tadi, rasa macam, aku tidur salah ke, then rasa tekak, uish bengkaknya. Ada rasa perit nak telan air liur, rasa sakit sikit la mcm ada tension kat kiri kanan tekak ni. Rasa nak muntah sikit2. But still manageable la. I'm all aware of the side effects.
Okay, panjang sudah. Doakan aku ye guys. Jom sihat, bahagia & kaya :)
Saturday, September 21, 2019
My Pregnancy Craving+Sickness
Thursday, September 19, 2019
Happy Bornday Iman Qowiy bin Izwan! 250619
Anyhow, now Iman tidur. Yeayyyy hahahaha. Iman is 85 days today. Which is lagi 5 hari nak ke 3 bulan. Big boy dah anak mama ni. Does it get easier? Entahlah labu. Ada hari senang, ada hari sangat senang haha. Jaga baby nak besar. Standard la ye dak. Just enjoy every moment. Lol.
Okaylah. Semalam iolss cerita pasal pengalaman I bersalin. Aku dah melalui hari tu semalam. Hari ni nak kena melaluinya lagi. Arghhhhh! Such a tiring 2 days. Lol.
Okaylah.
25 June 2019, 5AM.
Aku tetiba terjaga dari tidur, rasa macam ada bendalir mengalir dekat celah peha. Automatic bangun rasa berderau. Uish air ketuban dan leaking ke. Eh apakah ini. Then aku ambik kapas muka sekeping then aku sapu bendalir tu. Bilik tengah gelap, so aku pun pergilah ke bilik air nak tengok apa benda tu. Adalah kesan darah sikit. Terus palpitations. Lepas tu aku duduk kejap dekat katil tenangkan diri. Termenung kejap weyh. Hahaha. Betul ke dah nak bersalin ni hari ni.
Walaupun aku dok cakap sana sini, harapnya beranak dalam minggu tu lah sebab dah tak larat nak bangun tengah malam kencing, plus nak bangun duduk pun dah terseksa bangat. Akan tetapi bila dah keluar tanda tu, lain macam lak rasa dia. Fuhh fuhh. *lap peluh sejuk*
Lepas tu aku pun kejut la suami, tapi suami I macam rileks aje. Haha. Lastnye lepas subuh jugak kitorang gerak ke hospital. Aku siapkan air semua. Air panas lah apa lah, then kami gerak ke hospital. On the way ke hospital, kami drive true McD dulu sebab kang takut bukaan cepat sangat takut tak ada tenaga la pulak nak push push baby.
Sampai dekat hospital dalam pukul 6 lebih. Kami pun makan la breakfast McD dalam kereta dekat parking aje. Oleh sebab masih pagi, alhamdulillah, senanglah parking. Dalam pada cuba tenangkan diri tu, nervouslah jugak. Dalam otak asyik dok ingat je cara nak push macam mana and so on. Itu aje aku cuba ingat. Ye la. Dok dengar macam-macam orang cakap jangan angkat punggung dan sebagainya, nanti koyak banyak. Lagilah iolss cuak. Benda tu je keep replaying dalam otak. Masa ni contractions tak teruk sangat lagi.
Dalam pukul 7 kitorang naik atas ke kamar bersalin. Oleh sebab dah pernah warded before ni plus dah pergi kursus peneman, kitorang tau dah la apa aturannya. Iwan pun kena pergi bahagian kecemasan nak daftarkan aku, sebab kaunter hasil belum bukak. Sampai kat kaunter nurse tanya, "Ye kenapa datang?" Then aku cakaplah, saya rasa saya dah nak bersalin dah ni. Dah keluar tanda. Dia tanya air ada keluar ke. Aku cakap belum lagi. Sebab kata-kata orang kalau air ketuban dah leaking, lagi cepat kot bukaan dia.
Lepas tu check mommy's and baby's heartbeat pulak. Both are okay. Nurse tanya scale sakit per 10. Aku cakaplah 3/10. Sebab sakit boleh tahan lagi masa ni. Lepas tu tunggulah lagi untuk CTG machine ada kosong. Benda ni lah paling bosan sekali. Dah la lama. Takleh main phone pulak tu. Kena termenung aje haha. Katanya kalau main phone nanti baby heartbeat tak cantik. Aku kena buat ni start dalam pukul 8 lebih sampai 9.15 macam tu. Bosan betul haha. Tapi tak apalah. It is part of journey. Part of life kan.
Lepas tu dah settle CTG check bukaan pulak. Dua kali check bukaan, dedua doc cakap 2cm. Tapi second doc cakap, dinding rahim macam dah nipis. Masa ni doc tanya, nak ubat tahan sakit tak. Aku pun acah-acah kuat la cakap boleh tahan lagi. Pasal memang masa ni sakit okay lagi. Boleh bertahan lagi. Instead aku mintak ubat cairkan kahak, pasal nose aku blocked. Dah hembus keluarkan mucus tu berapa banyak kali dah tapi it keep reproduced. Rimas gila. Plus aku pikir nanti time nak meneran you need proper breathing technique. So doc pun request la dekat nurse yang ambik ubat itu.
Dalam pukul 9.30 sempat pulak aku membuang. Lol. Tapi aku tak teran pun. Takut keluar lak baby ehe. Nasib najis senang keluar. Lulz. Pukul 10.30 aku dah start lapar pulak. Haha. Sakit-sakit pun masih ada selera makan ye tuan-tuan dan puan-puan. Agagaga. Iwan pun pergila belikan sandwich. Lepas tu aku keluar lah lepak makan dengan Iwan jap dekat luar. The whole time memang Iwan dekat luar aje. Aku dekat belah dalam. Tapi boleh je keluar-keluar dekat area situ masa siang. Malam je dia tak bagi sangat keluar. Masa ni contractions dah start lain macam dah. Time contractions datang dah kena berenti bercakap and tarik nafas dah. Fuhh fuhh.
Sampai pukul 11 pagi ni doc masih belum cek bukaan lagi buat kali kedua. Maksudnya last cek pagi tadi la dalam pukul 8. Aku dah siap makan aku masuk dalam balik. Ye la incase ada apa-apa nak cek lagi. Dalam pukul 1 tengah hari hospital bagi makan tengah hari. Aku makan ajelah. Lauk apa entah tak ingat. Ye la nanti dah masuk labour room dah tak boleh makan. Aku asyik terpikir takut tak cukup tenaga aje nak push nanti. So aku makan ajelah dengan penuh berselera. Ahaha. Tak terpikir ye effectnya selepas bersalin nanti bila mahu poopoo kali pertama ya. Lolol.
Masa dalam lunch hour ni aku dah mengadu kat Iwan, "Sakit B contractions ni. B doakanlah Allah kurangkan sakit." Aku makan sambil ambik nafas. Haha. Makan satu dua suap. Lepas tu tarik nafas layan contractions jap. Aku keep baca ayat nabi yunus tu. Tapi tulah. Aku rasa ayat tu more to bagi kekuatan dekat ko instead of kurangkan kesakitan. Because sakit nak bersalin ni lain macam betul sakitnya. Ahahaa. Maybe keep your sane. Macam tu lah. Supaya hati boleh sentiasa tenang walau jiwa bergelora. Ehh. Berpeluh kau masa ni tahan sakit.
Siap makan aku kena pindah wad transit. Wad lebih kurang masa yang kena warded 33 weeks tu. Tapi ni wad lain lah. Tapi masih lagi kerusi malas. Maybe ni tempat untuk orang-orang yang di jangka bersalin macam lambat lagi kot. Entahlah. Aku pun masuklah wad dulu. Dan bagitau Iwan. Memandangkan memang waktu tu waktu melawat, so Iwan pun datanglah kejap temankan aku dekat wad tu. Masa ni aku dah gengam tangan Iwan dah lain macam je. Haha. Setiap kali contractions datang. Lepas habis waktu melawat tu, Iwan pun keluar la. Maka aku pun teruskan menanti. Dalam pada menanti tu, aku pun pergilah ambik wuduk, solat siap-siap. Ye la apa apa karang kita tak tau kan. Nak berjuang fisabilillah ni. At least solat terakhir kita buat.
Dalam pukul 3 petang tak ada lagi doc cek bukaan kali kedua. Tapi aku dah rasa lain macam. Aku tanya Iwan, kalau aku ambik ubat tahan sakit okay tak. Dia cakap kalau tak tahan sangat ambik je lah. Iwan masa ni kat masjid sebelah hospital aje. Solat zohor. Masa ni contractions dah makin menjadi-jadi. Adalah nurse yang datang round untuk check heartbeat mommy & baby macam biasa. Masa ni aku tanyalah pasal ubat tahan sakit & mintak panggilkan doc. Sebab dah rasa macam ada benda nak terkeluar dah.
Ada member dekat sebelah, yang keluar tanda lebih kurang aku dalam pukul 5 pagi tadi. Dengan cek bukaan 2cm dalam 9 pagi tadi. Tapi aku pelik apasal dia macam okay je. Haha. Aku tanyalah dia. Tak sakit ke. Dia cakap sakit. Tapi dia cakap setiap kali dia sakit dia jalan dengan dia baca ya latif. Aku pun buat la apa dia ajar tu. Selagi larat. Tapi aku tak rasa pun sakit tu makin kurang. Haha why ooo why. Lepas tu setiap kali contractions datang aku genggam tangan dia. Aku cakap sorry. Dia cakap tak apa. Lepas tu aku dah tak tahan sangat, sebab doc tak datang-datang jugak cek bukaan, member ni tolonglah panggilkan doc. Sebab nampak aku macam nak bersalin sangat dah kot.
Sebelum tu dalam pukul 4 tu, aku dah call Iwan. Aku cakap, B saya rasa B dah kena datang sini dah ni. Lepas aku letak telefon sebab ada nurse panggil suruh tumpang bilik kelas satu kejap untuk cek bukaan. Nurse check dalam 2 kali lepas tu dia cakap dah bukak dalam 4/5cm macam tu. Tapi dia pesan jangan teran lagi. Dia cakap dah bolehlah nak tolak masuk labour room dah. Lepas tu yang kelakar tu masa tu dia suruh pindah katil yang dia boleh tolak tu, aku pergi berdiri je untuk pindah between katil tu. Haha. Dah kena marah. Dia cakap. Ehhhh kenapa berdiri. Ahahaah. Aku tengah contractions. Minda aku dah haze semacam aje. Lepas tu otw pergi kamar bersalin tu, ada pulak lah nurse yang datang untuk hantar ubat blocked nose tu. Haha. Aku tengah sakit nak bersalin ni, sempat pulak aku nak makan ubat lagi.
Lepas tu masa otw ditolak ke kamar bersalin tu, aku dok baca je ayat nabi yunus tu sambil kepit kaki. Sebab dah rasa Iman nak terkeluar sangat dah. Like kalau push sikit je aku rasa Iman dah keluar dah. Dah sampai kamar bersalin tu, dia tak masukkan aku terus dekat labour room, tapi dorang sibuk pulak dok nak pakaikan aku CTG lagi. Aku dah "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" entah kuat mana entah aku baca dengan sambil kepit peha dengan pegang besi katil tu sampai bergegau katil tu. That is how bad the contractions masa tu. Alalalala. Lepas tu agaknya dia tengok aku dah lain macam sangat. Datang la seorang sister berbaju biru datang cek bukaan aku. Masa ni aku rasa macam ada air terpekcik-percik dekat peha aku. Tapi aku macam tak berapa pasti. Sebab contractions yang terlampau sakit. Lepas sister tu cek bukaan aku. Dia cakap "Fully dilated." Terus masa ni dorang berkejaran tolak aku dekat labour room.
Sampai dalam labour room, masa ni elok aje azan asar. Dalam pukul 4.40. Lepas tu nurse dalam tu suruh pegang kaki, aku cakap tangan aku tak sampai. Kalau saya pegang benda lain boleh tak. Haha. Lepas tu nurse tu marah aku dia cakap, kamu tu dah la anak sulung, tak ada pengalaman lagi, dengar aje apa kami cakap ni. Hahahahaha. Lawak gile kena marah. Lepas tu aku cuba jugak pegang kaki aku. Kalau ikut apa aku baca kena pegang buku lali. Tapi aku dah pernah test dekat rumah memang tangan aku tak sampai, so aku pun masa tu pegang bahagian betis aku je. Lepas dah siap kangkang semua tu. Dia suruh terus push. Aku pun ingat-ingat apa aku baca. Dengan Iwan tak sempat masuknya. Tak ada orang pegangkan kepala aku. Aku angkat sendiri je. Push dekat bahagian perut masa contractions datang. Lepas tu sekali push alhamdulillah. Dorang cakap kepala dah keluar. Lepas kepala keluar dorang cakap, okay curi nafas. Aku pun nafas la laju laju, untuk next push. Sekali lagi contractions keluar, aku push lagi sekali. Lepas tu dah keluar lagi sikit agaknya entahlah aku pun tak sure hahahaha. Tapi nurse cakap haaa pandai haha. Lepas tu lagi sekali curi nafas. Tunggu contractions lagi sekali, aku push lagi sekali lepastu lahirlah Iman Qowiy bin Izwan.
Ya Allah, masa ni rasa macam-macam. Yang paling atas adalah perasaan yang terlampau lega. Sebab dah berjaya keluarkan seorang baby seberat 2.5kg. Miracle betul rasa. Dan mudahnya Allah aturkan. Alhamdulillah. I wasn't boost kelahiran aku senang, aku cuma bersyukur Allah mudahkan dengan 3 kali push. Pukul 4.58 petang, hari Selasa, 25 June 2019, Iman Qowiy dilahirkan. Lepas lahir tu Iman terus nangis which menandakan he is one healthy boy. Alhamdulillah. Iman dah siap nangis. Mama pulak sambung nangis. Entah apa entah rasa masa tu. Macam-macam rasa dia. Sampai nurse cakap, dahlah tu maknya nangis, bagi baby nangis pulak. Haha. Iman nurse letak atas mama sementara nurse jahit luka semua.
Luka episiotomy sahaja. Tapi lamanya dia jahit. Boleh tahan jugak sakitnya bila sampai ke kulit tu. Aku dok baca lagi "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" tu sambil kena jahit. Entah kuat mana entah aku baca. Serius la. Masa tu memang tak peduli kiri kanan. Bila dah settle, baru masa tu tenang sikit. Lepas tu aku mintak maaf dengan nurse yang jahit tu. Haha. Aku cakap sorry nurse, saya dok meraung apa entah tadi. Haha. Haila haila.
Fuhh lega. Alhamdulillah. Dah terlalu panjang. Maka saksikanlah sekeping gambar Iman selepas dimandikan pada hari lahirnya. Mama ayah sayang sangat dekat Iman tau.
![]() |
| Iman Qowiy bin Izwan |
Sunday, June 16, 2019
Bahaya Bleeding & Fake Contractions
BLEEDING
At 7 weeks, aku dengan Iwan decide untuk pergi hospital after few times ada spotting/stain/bleeding. It was so stupid of us sebab tunggu lama sebelum decide ke hospital. Ayoyo.
Boleh pulak dok google google bahaya tak bleeding bla bla bla. Heyyy la. Geleng kepala ingatkan diri sendiri. Dah la nak pregnant pun susah.
Alhamdulillah all is well. Baby is safe and sound and now at 36 weeks & 3 days.
18 nov bleeding/stain. Still tak pergi hospital. Sebab thought it was normal.
20 nov bleeding/stain. Tak pergi hospital lagi.
27 nov bleeding/stain baru pergi emergency dekat hospital. At around 11pm mcm tu.
1 dec bleeding/stain last stain, tapi masa ni dah dapat ubat, so I figure it just saki baki stain hari tu je. And no more bleeding/stain after that.
On that 27 nov tu, after dinner, balik rumah dah, then cek panties ada bleeding stain, decide untuk ke hospital terus, through emergency. Nak melalui emergency pun dah sampai pukul berapa. Standard hospital kerajaan memang akan berejam.
Dekat emergency, dorg cek ultrasound semua, kantung still ada, tapi tak nampak baby sangat, sebab baby is so small lagi. Tapi the doc in the house cakap, if things like this happen you tak pergi emergency pun tak apa. You pergi klinik desa je waktu siang. Eh. Klinik desa ckp kalau bleeding/stain ke hospital terus. So I was like 😑.
Then I've been referred to Kamar Bersalin. Which is sound so serious. Lol. Kat situ details check up semua. Ambik history bla bla bla bla. Jumpa la orang nak beranak semua whilst aku baru 7 weeks. Aku tanya doc, doc bahaya ke kalau bleeding/stain ni. Doc cakap bahaya. Macam-macam boleh jadi. So if jadi lagi, segera la ke hospital. Jangan google jangan dengar cakap benda ni semua normal. Its not normal to have bleeding/stain while pregnant.
Then doc tanya la all the details, pasal period history, last first day menstrual cycle and bla bla bla. Lepas tu jumpa pakar. Ultrasound lagi sekali. Nampak kantung tapi tak nampak heart beat. So doc pakai satu alat tu masuk ikut bawah. Then nampak heartbeat baby. Alhamdulillah. Baby is safe n sound. First time tengok heart beat baby flickering. The feeling is sooooo serial. Tapi Iwan tak dapat tengok pasal suami kena tunggu luar. Ye la. Government hospital. Then doc cek bukaan, takut ada bukaan so ada kebarangkalian nak miscarriage. Alhamdulillah tak ada bukaan.
Doc prescribed ubat Duphasthon, ubat kuatkan rahim untuk 2 minggu, dan nasihat untuk tak bersama suami dalam 2 minggu tu. Alhamdulillah after makan ubat, last bleeding/stain is on the day yg aku cakap tu, lepas tu tak ada dah. Lagipun aku dah berenti kerja. So no more naik turun tangga pergi stor semua.
Process dekat kamar bersalin sampai pukul 3am. Esoknya aku pergi kerja macam biasa, tapi suami iolss yang teman pulak kecundang half day. Lol.
Jadi nasihat saya, if you're pregnant and have bleeding or even stain, go to the freaking hospital! It's not normal.
FAKE CONTRACTION
WARDED! 29 May 2019/Hospital Melaka. Copied from FB. At 33 weeks.
Nope, belum nak deliver lagi. Baby acah-acah bergurau dengan mama dia. 😅😅 Perut mengeras semacam semalam.
Semalam ada check up dekat Klinik Desa. Dah hujung-hujung ni check up 2 minggu sekali. Lepas tu masa nak check heartbeat baby, nurse cakap, eh perut awak mengeras ni. Lepas tu kita pun macam, okay, tapi bahaya ke. Sebab tak sakit.
Actually ada je mengeras jugak before ni, tapi tak sakit. So I just let it go. Plus baby active je bergerak. Tapi entah kenapa semalam balik dari Klinik Desa makin menjadi-jadi pulak mengeras dia.
Bagitau suami suruh balik, ke hospital la kita. Sampai dekat hospital pukul 2 lebih. Well government hospital, you know the drill, and how long you have to wait. It is inevitable. Tapi tgk doc and nurses kesana kemari time puasa-puasa ni, lagilah double kesian. Kudos to them! Buka puasa pun laju-laju tau. Yang tak sempat berbuka, tak taulah pukul berapa baru sempat makan.
Yada yada yada, doing all the procedures. Dah bukak puasa. So mengeras tu makin kurang. Petang tu pun baby dah bergerak active balik. Dan tak ada bukaan. Tapi kena warded jugak. Sebab doc nak monitor.
So redha je la. Dapat bilik transit. Sebab katil penuh. Bilik transit tu dapat kerusi malas maksudnya. But surprisingly saya tidur lena je haha. Nyenyak je. 🤣🤣 Walaupun kat luar bilik ni baby nangis non stop dari malam tadi ke siang tadi. Keras nangisnya. Kesian dengar. Rasa nak pakaikan Bedtime Balm je nak bagi dia tidur lena. Seriously every mom should have a set. It's a must!
Hari ni check up semua. Dan doc tak bagi puasa, so perut tak mengeras dah and baby active macam biasa. Tak apalah baby. Nnt mama puasa masa you dah keluar aje k. Senang dah depan mata. Lillahitaala.
Sekarang dah boleh discharge. Waiting for husband to discharge me. Oh tak sabarnya nak balik rumah. But I believe ada sebab Allah aturkan benda ni. Now I know apa benda betul penting nak bawak pergi hospital nanti when nak deliver, and more mentally and physically prepare sebab ni kira macam predelivery la. Practice make perfect.
Yang kelakarnya lagi sebelum datang hospital ni, mamanya dah siap iron baju raya dah pagi tu. Hahaha! Like kalau beranak jugak hari semalam, memang irony betul. 😂😂
Kita raya dulu ye baby. 😚😙
For footnote, walaupun tak sakit, tapi perut mengeras sejam 4 kali (15 minit sekali) segeralah ke hospital. Sebab there is case yang tak rasa sakit, tapi dah ada bukaan. Ini adalah atas nasihat doc ya.
Tambahan for blog version: Oh ye, masa warded ni nasib tak berapa baik sebab dapat bilik/jumpa manusia yang kepochi haha. Dari awal register sampai ke aku nak discharge, dok cerita masalah rumahtangga dia dengan semua orang hatta baru kenal orang tu dua minit. Aku dok dengan dia 24 jam rasa seluruh hidup dia aku dah tau. 😑 Dah la cakap laki I hensem. Eeeeeee. Geramnya iolss. Selepas dia dok jaja cerita suami dia curang, lepas tu dia cakap suami I hensem. Apa tu. Please la people. Behave k kat public place though I can sense that she maybe too lonely. Macam kesian jugak. Tapi please la behave. K. Papai. Next post aku cite pasal pengalaman bersalin pulak.
Friday, June 14, 2019
Hyperthyroidism Summary
TSH 0.55-4.78
7 Weeks
Started on Propylthiouracil 100g
TSH <0.008
9 Weeks
Propylthiouracil 150g
TSH <0.008
13 Weeks
Propylthiouracil 200g
TSH <0.01
18 Weeks
Propylthiouracil 200g
TSH <0.008
20 Weeks
Started on Carbimazole 150g
TSH <0.008
24 Weeks
Carbimazole 125g
TSH <0.008
29 Weeks
Carbimazole 150g
TSH <0.008
35 Weeks
Carbimazole 150g
TSH <0.008
Friday, May 03, 2019
The First Scan
Hi semua.
Since doing the pregnancy test, aku ada download satu apps ni. Nama dia "What to Expect - Pregnancy". So when first time installing the apps, dia akan tanya, the first date of your last period sebab pregnancy journey kita start kira daripada tarikh itu. So aku masukkan tarikh 6hb Oktober. And apps tu cakap aku dalam 5 weeks of pregnancy.
So aku google la, bila waktu terbaik nak confirmkan pregnancy, ye la sebab kalau dah confirm nanti senang la nak jaga makan, jaga diri dan sebagainya. Baca baca dan baca, dan dapat jawapan most of them cakap berdasarkan pengalaman, 6 minggu dah boleh nampak. Sebab kalau ko scan awal tak nampak pun menghabiskan boras je. Tapi ada jugak yang 6 minggu tak nampak. Tapi oleh sebab kurang sabar lulz aku pergi jugak masa 6 weeks. 3 tahun tunggu katakau. Siapa tak excited. Ehe.
On 17hb Nov, aku pergi dekat klinik ni cakap, saya nak confirmkan pregnancy, dia cakap okay. Klinik Amal & Surgery. Lepas tu tetiba dia mintak aku buat pregnancy test pakai pregnancy sticks tu. Aku pun buatlah. Maybe procedure. Lepas tu jumpa doc, excited nak scan. Rupanya tak boleh scan. Adeh. Sebabnya yang ada doc locum (part time) je. Bukan doc o&g. Lepas tu pregnancy test tu memang keluar double line. Lepas tu doc cakap, kalau double line tu pregnant lah tu. Alaaa I nak scan. Test tu kira 4 kali dah la aku buat. Doc cakap mesti excited kan first pregnancy. Aku cakap excited la, tapi takut jugak kot kalau ectopic (mengandung luar rahim) takpun chemical pregnancy ke. Sebab the sooner you know, the earlier you get to make peace with reality. Kan. Anyway, bayaran kat sini RM23. Okaylah tak la rasa bazir sangat.
Anyway, sebab masih tak puas hati lagi, aku google la klinik lain, and I come across this one clinic. Klinik Fadhilah. Doctor perempuan. If I got chance, bila pergi klinik swasta aku try cari yang klinik ada doc perempuan. Ye la, sebab dah tau nak scan perut. Before pergi tu aku dah call siap-siap to make sure doc ada dan aku dapat buat scan. Dan alhamdulillah doc ada. Pukul 8 malam kami pergi. Dan doc terus scan. Dan alhamdulillah. Nampak dah kantung, tapi belum nampak baby lagi sebab baby kecik sangat lagi. But everything is well doc cakap. Kantung cantik. Alhamdulillah. Syukur.
Sebelum balik, aku ajukan soalan dekat doc, "Doc saya ada rasa macam palpitations la lately, tu kire symptoms pregnant ke doc?" Tanyaku kepada Dr Fadhilah.
Doc cakap eh ye ke, saya takut kamu ni hyperthyroidism je. Then doc check aku punya suhu, dan suhu tinggi sikit 37.8. Tapi aku tak rasa demam pun masa tu. Blood pressure aku 137/84. Heart rate aku 119. Tinggi tu bai.
Aku tanya la doc kenapa doc cakap hyperthyroidism? Doc cakap hormon pregnancy dengan hormon hyperthyroidism lebih kurang sama, so takut body confuse. Lebih kurang macam tu la. Tapi masa tu aku pulak confuse. Jadi aku ni mengandung ke tak.
Kemudian Dr Fadhilah bagi aku surat refers untuk bawak dekat klinik desa hari isnin berikutnya. Bayaran kat sini RM78 beserta harga ubat demam iaitu paracetamol. Okaylahkan.
Tapi kami masih risau. Ye la dah kenapa dengan aku ni tetiba lak ada hyperthyroidism. Hmmmm.
Jadinya hari isnin tu, pagi-pagi lagi kami ke klinik desa seperti yang dicadangkan. First time buat buku merah memang lama, macam-macam diorang nak tulis, sebab semuanya masih manual. Kami sampai dalam pukul 8, settle semua rasanya dalam pukul 12 macam tu la. Nurse cakap first time buat buku merah/pink memang lama. Kami redha.
Oh untuk first timer, nanti jangan lupa bawak sijil kawen tau untuk first registration. Sebab hari tu suami iolls kena balik ambik. Nasib la jarak klinik dengan rumah 2km mcm tu je.
So, hari tu jugak, aku pass la surat refer dari Klinik Dr Fadhilah tu. Dan all the blood sample were taken. And doc cakap, once result keluar, kalau betul hyperthyroidism, memang akan on ubat on the spot. Memula aku tak paham. I don't know apa benda hyperthyroidism tu. Aku tak paham apa bahaya dia.
Rupanya hyperthyroidism ni, ialah satu hormon yang kawal banyak benda dalam badan kita. Contoh detak jantung kita, suhu badan kita and etc. If you're pregnant, dan hyperthyroidism tu tak di kawal dengan ubat, it might effect the baby growth such as boleh menyebabkan kecacatan, early labour dan sebagainya.
Dan jeng jeng jeng. A few days within the same week, I received a call from Klinik Kesihatan Ayer Keroh. Turns out, my thyroid level is freaking high. Like freaking freaking high.
Range paling tinggi adalah 100, and mine is 84. Pehhhhhh. Masa tau tu macam-macam berlegar di otakku. Antara yang aku google adalah, can people die because of hyperthyroidism. Dan sebagainya. Ye la, sebab thyroid kan ada cancer dia. Terus rasa down for few days. Uhuk.
Then aku pun pergilah Klinik Kesihatan Ayer Keroh seperti yang disarankan. Berjumpa doc yang sama aku jumpa dekat Klinik Desa, sebab doc tu memang berada di dua-dua klinik. Don't know why. Tapi doc tu very-very soft spoken and menenangkan. I like you doc.
Terus on ubat PTU. Ubat ni pahit nak mamps. Nanti next post aku cerita pasal perjalanan hormon thyroid aku.
As for now, I'm at 33 weeks. And being warded. Lol. Yang ni pun nanti aku akan cerita. This journey is such a gifted journey. Thank you Allah for choosing me.
Wednesday, April 24, 2019
When & Why I am Unemployed
![]() |
| 7 months and the baby are very active. Alhamdulillah. |
After quite sometimes, I have been offered for another position, graphic designer for marketing pulak. Aku malas nak panjang-panjang, I just says okay.
So until next time.
Friday, April 19, 2019
Gee is Finally Pregnant after 2 Years of Marriage
![]() |
| 30 April 2016 |
So bila Hasya lahir, aku masih belum pregnant. Iwan still rileks je. Aku ada jugak cuba ajak dia jumpa doc. Baca tu baca ni. Tapi tak terpergi jugak. Kos salah satu sebabnya. Masa tu rancang nak jumpa pakar dekat hospital swasta. So mestilah kena pikir bajet jugak.
Yang lagi pedih hulu hatinya, bila tengok Iwan sayang betul dekat Hasya tu. Happy gembira betul main dengan Hasya. Not that he shouldn't love her, it just that I feel sad that at the age that he should play with his own kids, instead he play with other's kids. Kadang-kadang borak dengan Aisyah, aku nangis-nangis cakap pasal benda ni. Pasal not being able to give kids to him. Walaupun tak pernah check pun siapa yang problem. Tapi ye la, walaupun most of the time we are okay happy bahagia je, tapi adalah jugak time rasa sedih down dan sebagainya. God's given feelings.
![]() |
| Test Kesuburan - Ihsan Google |
![]() |
| 1st Time Buat Pregnancy Test |
![]() |
| 2nd Time Buat Pregnancy Test - 14hb Nov 2018 |
And alhamdulillah, both test come out positive. Walaupun tak berapa nampak yang stick test tu, tapi ada je second line samar-samar. So, kalau nak disimpulkan semua ini, macam mana boleh mengandung, what did we do, we don't really have answer. Semua benda biasa-biasa je. Nanti aku sambung cerita lagi, bila aku ke klinik untuk buat scan kali pertama ya. Dan pelbagai dugaan yang menimpa. Seeya.
Tuesday, September 03, 2013
#187 Bidadari
Tujuh hari setengah dan segala perasaan ada, gembira, cuak, tenang, sedih, kecewa, penat and others undefined feelings. Mostly undefined as it you know women and their complicatedness. :)
But whatever, its life right, bersyukur saya atas segala nikmatNya. Tu yang paling penting. To see goods in everything. Insya Allah, tenang bahagia rasa. Moga rasa ini istiqamah dalam jiwa.
There are so many things learn and get there. Sungguh. Alhamdulillah. Moga segala ilmu bermanfaat. Diguna pakai. Untuk kehidupan di dunia menuju Jannah Insya Allah. Amin. :)
![]() |
| I am a muslim. Excellent here and after? Insya Allah. |
Thanks to Aisyah for convinced me to go there. Dan segala terjadi, adalah dari izinNya Yang Maha Kuasa. Thank you Allah for putting me there. :)
Dan ini adalah the rest yang tak sempat terakam. Aku niatkan ni untuk Aisyah, but it will be my pleasure kalau ada orang lain yang baca dan ambik yang mana baik untuk apply dalam hidup. The rest yang dah dirakam, I'll send you the cd ye Aisyah, and ampun maaf kalau penerangan tak jelas tak cukup comprehensive tak cukup terang tak cukup baik. This is the best I could do. Moga ia bermanfaat. Dan mintak maaf lagi sekali pasal all the talking and writing will be done from my perspective. I know you don't mind kan Aisyah kan kan kan? :D
Slot 5 Oh Remaja! Oh Akhlak! - Ummi Rose
Masa ni seingat aku, battery phone dah habis lansung untuk rakam as I use my phone untuk rakam. Nak buat macam mana.
Then Ummi Rose masuk. Aku dah penah jumpa dah Ummi Rose ni pasal dia handle Raidatul Sakinah. Tapi tak ingat jumpa dia kat mana. Yang pasti somewhere in UIA la. Ummi Rose orang baik-baik. Yang cuba sedaya upayanya nak bantu remaja Malaysia. Nak didik ummah. Moga Allah merahmati perjuangan dia.
Ummi cakap selalu banyak kes mak ayah datang situ macam nak lepas tangan, mentang-mentang anak dah terlanjur, dah mengandung, hantar situ sebab nak tutup malu, supaya orang tak tau, lepas tu dah lepas bersalin dah. Keluar. Allahuakbar. Sebab tu agaknya jadi macam tu. Sedih la kot pasal ingat tempat tu tempat macam tu. Manusia manusia. Selepas lepas tangan kalau boleh. Raidatul Sakinah is for bantu and bimbing. And Ummi herself hope, supaya by 2020 dapat masalah sosial sifar. It's gonna be hard work kan? Kerja kita tanggungjawab kita jugak tu kan. Allahuakbar. But nothing is impossible. As long as there is Allah will. Ummi cakap dia sedih sekarang pasal, setiap hari dapat more than 10 calls nak masuk situ. Ya Allah. And we sitting here doing nothing. Gee, Allah tanya nanti, apa aku buat nak bantu meraka. Allah. Apa aku buat?
Then Ummi Rose cakap, semua orang buat salah. Semua orang buat silap. Tapi Allah tu Maha Pengampun, kena ingat tu, jadi bertaubat la. And don't repeat that. Insya Allah you will be okay. Dan at least ada niat untuk tak repeat that. Dan kalau masih terbuat jugak, start balik even from the same starting point. Never give up until the end of the day. Why? Because every sunrise brings a new hope. I may can relate to it a bit. As how struggle we have to be nak jadi baik ni. Pasal tak semua orang lahir dalam keluarga yang memang practice Islam fully. Yang buat Islam tu Addin, yang cuba buat Islam tu Addin. Tak semua. But Allah knows the best kan. He know you can do it. So work hard. Allah nampak. Dan mintaklah pertolongan dengan nama Allah. Allah will always be there.
As remaja kena ingat semua benda. Ke mana destinasi cinta kita semua? Where? Our life goals? Adalah untuk ke Jannah. Kan? Semua orang nak masuk syurga kot. Orang jahat pun nak masuk syurga. So be bijak. Jangan jadi bodoh. Pasal zina tu puncak kebodohan dan tahap paling rendah seorang wanita boleh bawak diri dia. So don't even go near there. Ummi Rose cakap, we may found someone is the most handsome man in the world, tapi kena ingat, ada benda yang lagi penting, iman dan agama. So, kalau rasa iman tipis jangan dekat dengan anythings regards zina. Dan the ironynya, memang akan macam tu, yang kuat imannya memang takkan dekat, dan yang lemah memang akan dekat. Tak yah la nak test power sangat iman tu. Pasal kita ni memang manusia yang lemah. Dan syaitan di mana-mana. So jauhkan lah dari benda-benda yang menjurus as best as you can.
That is pretty much wrapped everything or at least, itu adalah yang sempat di tulis. Hehe. The rest seingat aku, Ummi banyak cite pasal hows everything there, dan dia antara yang dah alhamdulillah, jadi orang dah now. Dan dia lagi harap untuk orang tak masuk situ. That's better. The rest pasal background Raidatul Sakinah.
Okay. So the conclusion is? Take care or our self okay? :) Orait. Habis dah Slot 5.
Public; Mothers, Go Out and Change the World - Sheikh Yawar Baig
Next is slot malam public by Sheikh Yawar Baig. What a great person. At first rasa macam. Patut ke dengar ni. But then aku rasa macam, try je la. Kalau rasa macam tak best, esok malam balik awal la. Budget begitu. Tapi alhamdulillah, Allah buatkan aku datang dengar malam tu. Dan di situ aku rasa macam, Ya Allah ruginya siapa tak datang malam ni, sebab malam tu slot open tu public, dan ramai sangat orang dah balik awal. Dewan yang penuh tu jadi macam half je. Macam rugi la.Sebab Sheikh ni sangat best, sangat banyak ilmu. Tapi malam tu struggling sikit la telinga aku nak cope dengan dia punya slang, sebab Sheikh asalnya India. Tapi for second day, masa slot dia, dah boleh cope, dah boleh paham. Bestnya dia ni. Best sangat. I bought one of his books, tajuknya Marriage - The Making & Living of it. So far baru dua muka surat, dan rasa sangat best. :)
Sheikh cakap Mother ni the most biggest best job ever. The job to upbringing the child. Besarnya job ni sebab, one that that children is the one who gonna change the world. Kita membesarkan someone yang satu hari nanti akan jadi orang yang hebat. Dan tak ada orang yang tak ada mak dalam dunia ni. Everyone has one, regards any of their background. Tak ada better job than this. This is the most critical job. Dan kita kena percaya, kena yakin, kena ada faith on Allah, sebab dia cakap, the world will change when we believe. Sebab tu first things first, nak didik someone yang akan change the world one day, we have to be someone awesome first.
Dan soalan ni ya Allah, memang akan buat kita diam. I don't know about other people. Tapi dah cukup untuk buat aku terdiam telan air liur sendiri.
1. Think of your role model.
Dah? Okay.
2. For how may is your mother/farther/parents?
I'm not. Tu yang sedih.
3. If your children were here, what you were thinking they saying?
Ni part aku telan air liur.
Allahuakbar.
Children listen with the eyes. They do until they see. They don't really care what you say. So do well bidadari sekalian. At least try our best? Jadilah apa benda yang kita expect anak-anak kita jadi. So that hidup tak hipokrit. Layak dijadikan mak dan role model terbaik seorang anak. Supaya bila ditanya soalan dia atas, without doubt they will answer us. Insya Allah. Let's try our best okay?
Lagi masuk part lagi satu. Or aku ni berangan banyak sangat, susah nak jumpa titik kesinambungan. Hehe. Sheikh cakap, kita manusia ni akan rasa dua jenis pain, one is the pain of discipline, second is the pain of regret. Both we have to live with it. I guess we need it so that, we could be better day by day.
Dan lagi. Invest. Nothing in life is free. Semua benda ada kita gain ada kita lose. Its the matter of which is we value more I guess. You want something you have to pay for it. Tapi money is the least important. I agree. Banyak lagi benda lain yang penting kan? Dan senang je dia cakap, in fact the finest way to destroy our child is to throw too much money. Bukan duit yang kita kena spent with them. But the quality time. Share with them our life experience, cerita pasal diri. That's is what we call quality time. Bukan dengan tengok TV sama-sama je selalu, dia cakap tu namanya spending time with TV. Hehe.
Dan children is our treasure. Yang kita akan tinggal nanti. Yang orang akan value kita. Based on how we grow them up. Dan tak ada benda yang akan terus jadi. Everything need a hard work. And that hard work start now.
Dan itulah setakatnya. Dan lastly ada Q&A question. Dan dia dapat soalan yang bla bla bla, "I'm only housewife". Terus macam Sheikh sentap. Dia cakap kenapa downgraded diri. Tau tak housewife tu kerja yang sangat mulia. Yang buat kerja susah payah tapi tak dibayar. Dia cakap macam tu la, bukan orang lain yang downgraded tapi diri sendiri. Macam, haila. Kecewa dia. Sheikh ni mesti ayah yang sangat best kan. Hehe. Moga suami saya nanti seorang ayah yang best juga. Amin. :)
Dan that pretty much apa yang sempat di pen point kan. Yang sempat di ambik. Di hadam. He awesome all the time. Aku je la yang ada yang tak terdengar, terberangan. Ah, rugi betol. Dia ni sangat best. Kalau ada masa google him. Recommended. :)
Dan dorang ada bukak satu academy ni. Standard Bearers Academy. Academy ni dia punya goal awesome gila. Diorang punya vision:-
• The Mufassir who is a cardiac surgeon
• The Muhaddith who is an industry head
• The Mufti who is an administrator
• The Haafiz who is a scientist
Awesome right? :) May Allah bless.
Dan rest I put it in the CD. Dan kalau ada kesempatan aku tulis ye. From my point of view. Sorry la kalau sikit sangat penerangannya. T_T
Alhamdulillah. Life is so much to thankful for. :)
![]() |
| Malam di Putrajaya dari PICC 4th flour. Subhanallah. Cantiknya. :) |
![]() |
| Buku yang sempat di beli. One is form the one of the speakers. |
![]() |
| Curi dari Diana Amir punya IG. Mintak halal. Hee.. Ni antara point yang terlepas dari Sheikh. Ke ni masa bila entah. Hee.. Masa saat hilang focus kot.. :D |












