Hi semua.
Since doing the pregnancy test, aku ada download satu apps ni. Nama dia "What to Expect - Pregnancy". So when first time installing the apps, dia akan tanya, the first date of your last period sebab pregnancy journey kita start kira daripada tarikh itu. So aku masukkan tarikh 6hb Oktober. And apps tu cakap aku dalam 5 weeks of pregnancy.
So aku google la, bila waktu terbaik nak confirmkan pregnancy, ye la sebab kalau dah confirm nanti senang la nak jaga makan, jaga diri dan sebagainya. Baca baca dan baca, dan dapat jawapan most of them cakap berdasarkan pengalaman, 6 minggu dah boleh nampak. Sebab kalau ko scan awal tak nampak pun menghabiskan boras je. Tapi ada jugak yang 6 minggu tak nampak. Tapi oleh sebab kurang sabar lulz aku pergi jugak masa 6 weeks. 3 tahun tunggu katakau. Siapa tak excited. Ehe.
On 17hb Nov, aku pergi dekat klinik ni cakap, saya nak confirmkan pregnancy, dia cakap okay. Klinik Amal & Surgery. Lepas tu tetiba dia mintak aku buat pregnancy test pakai pregnancy sticks tu. Aku pun buatlah. Maybe procedure. Lepas tu jumpa doc, excited nak scan. Rupanya tak boleh scan. Adeh. Sebabnya yang ada doc locum (part time) je. Bukan doc o&g. Lepas tu pregnancy test tu memang keluar double line. Lepas tu doc cakap, kalau double line tu pregnant lah tu. Alaaa I nak scan. Test tu kira 4 kali dah la aku buat. Doc cakap mesti excited kan first pregnancy. Aku cakap excited la, tapi takut jugak kot kalau ectopic (mengandung luar rahim) takpun chemical pregnancy ke. Sebab the sooner you know, the earlier you get to make peace with reality. Kan. Anyway, bayaran kat sini RM23. Okaylah tak la rasa bazir sangat.
Anyway, sebab masih tak puas hati lagi, aku google la klinik lain, and I come across this one clinic. Klinik Fadhilah. Doctor perempuan. If I got chance, bila pergi klinik swasta aku try cari yang klinik ada doc perempuan. Ye la, sebab dah tau nak scan perut. Before pergi tu aku dah call siap-siap to make sure doc ada dan aku dapat buat scan. Dan alhamdulillah doc ada. Pukul 8 malam kami pergi. Dan doc terus scan. Dan alhamdulillah. Nampak dah kantung, tapi belum nampak baby lagi sebab baby kecik sangat lagi. But everything is well doc cakap. Kantung cantik. Alhamdulillah. Syukur.
Sebelum balik, aku ajukan soalan dekat doc, "Doc saya ada rasa macam palpitations la lately, tu kire symptoms pregnant ke doc?" Tanyaku kepada Dr Fadhilah.
Doc cakap eh ye ke, saya takut kamu ni hyperthyroidism je. Then doc check aku punya suhu, dan suhu tinggi sikit 37.8. Tapi aku tak rasa demam pun masa tu. Blood pressure aku 137/84. Heart rate aku 119. Tinggi tu bai.
Aku tanya la doc kenapa doc cakap hyperthyroidism? Doc cakap hormon pregnancy dengan hormon hyperthyroidism lebih kurang sama, so takut body confuse. Lebih kurang macam tu la. Tapi masa tu aku pulak confuse. Jadi aku ni mengandung ke tak.
Kemudian Dr Fadhilah bagi aku surat refers untuk bawak dekat klinik desa hari isnin berikutnya. Bayaran kat sini RM78 beserta harga ubat demam iaitu paracetamol. Okaylahkan.
Tapi kami masih risau. Ye la dah kenapa dengan aku ni tetiba lak ada hyperthyroidism. Hmmmm.
Jadinya hari isnin tu, pagi-pagi lagi kami ke klinik desa seperti yang dicadangkan. First time buat buku merah memang lama, macam-macam diorang nak tulis, sebab semuanya masih manual. Kami sampai dalam pukul 8, settle semua rasanya dalam pukul 12 macam tu la. Nurse cakap first time buat buku merah/pink memang lama. Kami redha.
Oh untuk first timer, nanti jangan lupa bawak sijil kawen tau untuk first registration. Sebab hari tu suami iolls kena balik ambik. Nasib la jarak klinik dengan rumah 2km mcm tu je.
So, hari tu jugak, aku pass la surat refer dari Klinik Dr Fadhilah tu. Dan all the blood sample were taken. And doc cakap, once result keluar, kalau betul hyperthyroidism, memang akan on ubat on the spot. Memula aku tak paham. I don't know apa benda hyperthyroidism tu. Aku tak paham apa bahaya dia.
Rupanya hyperthyroidism ni, ialah satu hormon yang kawal banyak benda dalam badan kita. Contoh detak jantung kita, suhu badan kita and etc. If you're pregnant, dan hyperthyroidism tu tak di kawal dengan ubat, it might effect the baby growth such as boleh menyebabkan kecacatan, early labour dan sebagainya.
Dan jeng jeng jeng. A few days within the same week, I received a call from Klinik Kesihatan Ayer Keroh. Turns out, my thyroid level is freaking high. Like freaking freaking high.
Range paling tinggi adalah 100, and mine is 84. Pehhhhhh. Masa tau tu macam-macam berlegar di otakku. Antara yang aku google adalah, can people die because of hyperthyroidism. Dan sebagainya. Ye la, sebab thyroid kan ada cancer dia. Terus rasa down for few days. Uhuk.
Then aku pun pergilah Klinik Kesihatan Ayer Keroh seperti yang disarankan. Berjumpa doc yang sama aku jumpa dekat Klinik Desa, sebab doc tu memang berada di dua-dua klinik. Don't know why. Tapi doc tu very-very soft spoken and menenangkan. I like you doc.
Terus on ubat PTU. Ubat ni pahit nak mamps. Nanti next post aku cerita pasal perjalanan hormon thyroid aku.
As for now, I'm at 33 weeks. And being warded. Lol. Yang ni pun nanti aku akan cerita. This journey is such a gifted journey. Thank you Allah for choosing me.
No comments:
Post a Comment