Sunday, June 16, 2019

Bahaya Bleeding & Fake Contractions

BLEEDING

At 7 weeks, aku dengan Iwan decide untuk pergi hospital after few times ada spotting/stain/bleeding. It was so stupid of us sebab tunggu lama sebelum decide ke hospital. Ayoyo.

Boleh pulak dok google google bahaya tak bleeding bla bla bla. Heyyy la. Geleng kepala ingatkan diri sendiri. Dah la nak pregnant pun susah. 

Alhamdulillah all is well. Baby is safe and sound and now at 36 weeks & 3 days.

18 nov bleeding/stain. Still tak pergi hospital. Sebab thought it was normal.

20 nov bleeding/stain. Tak pergi hospital lagi.

27 nov bleeding/stain baru pergi emergency dekat hospital. At around 11pm mcm tu.

1 dec bleeding/stain last stain, tapi masa ni dah dapat ubat, so I figure it just saki baki stain hari tu je. And no more bleeding/stain after that.

On that 27 nov tu, after dinner, balik rumah dah, then cek panties ada bleeding stain, decide untuk ke hospital terus, through emergency. Nak melalui emergency pun dah sampai pukul berapa. Standard hospital kerajaan memang akan berejam.

Dekat emergency, dorg cek ultrasound semua, kantung still ada, tapi tak nampak baby sangat, sebab baby is so small lagi. Tapi the doc in the house cakap, if things like this happen you tak pergi emergency pun tak apa. You pergi klinik desa je waktu siang. Eh. Klinik desa ckp kalau bleeding/stain ke hospital terus. So I was like 😑.

Then I've been referred to Kamar Bersalin. Which is sound so serious. Lol. Kat situ details check up semua. Ambik history bla bla bla bla. Jumpa la orang nak beranak semua whilst aku baru 7 weeks. Aku tanya doc, doc bahaya ke kalau bleeding/stain ni. Doc cakap bahaya. Macam-macam boleh jadi. So if jadi lagi, segera la ke hospital. Jangan google jangan dengar cakap benda ni semua normal. Its not normal to have bleeding/stain while pregnant. 

Then doc tanya la all the details, pasal period history, last first day menstrual cycle and bla bla bla. Lepas tu jumpa pakar. Ultrasound lagi sekali. Nampak kantung tapi tak nampak heart beat. So doc pakai satu alat tu masuk ikut bawah. Then nampak heartbeat baby. Alhamdulillah. Baby is safe n sound. First time tengok heart beat baby flickering. The feeling is sooooo serial. Tapi Iwan tak dapat tengok pasal suami kena tunggu luar. Ye la. Government hospital. Then doc cek bukaan, takut ada bukaan so ada kebarangkalian nak miscarriage. Alhamdulillah tak ada bukaan. 

Doc prescribed ubat Duphasthon, ubat kuatkan rahim untuk 2 minggu, dan nasihat untuk tak bersama suami dalam 2 minggu tu. Alhamdulillah after makan ubat, last bleeding/stain is on the day yg aku cakap tu, lepas tu tak ada dah. Lagipun aku dah berenti kerja. So no more naik turun tangga pergi stor semua. 

Process dekat kamar bersalin sampai pukul 3am. Esoknya aku pergi kerja macam biasa, tapi suami iolss yang teman pulak kecundang half day. Lol. 

Jadi nasihat saya, if you're pregnant and have bleeding or even stain, go to the freaking hospital! It's not normal. 

FAKE CONTRACTION

WARDED! 29 May 2019/Hospital Melaka. Copied from FB. At 33 weeks. 

Nope, belum nak deliver lagi. Baby acah-acah bergurau dengan mama dia. 😅😅 Perut mengeras semacam semalam.

Semalam ada check up dekat Klinik Desa. Dah hujung-hujung ni check up 2 minggu sekali. Lepas tu masa nak check heartbeat baby, nurse cakap, eh perut awak mengeras ni. Lepas tu kita pun macam, okay, tapi bahaya ke. Sebab tak sakit.

Actually ada je mengeras jugak before ni, tapi tak sakit. So I just let it go. Plus baby active je bergerak. Tapi entah kenapa semalam balik dari Klinik Desa makin menjadi-jadi pulak mengeras dia.

Bagitau suami suruh balik, ke hospital la kita. Sampai dekat hospital pukul 2 lebih. Well government hospital, you know the drill, and how long you have to wait. It is inevitable. Tapi tgk doc and nurses kesana kemari time puasa-puasa ni, lagilah double kesian. Kudos to them! Buka puasa pun laju-laju tau. Yang tak sempat berbuka, tak taulah pukul berapa baru sempat makan.

Yada yada yada, doing all the procedures. Dah bukak puasa. So mengeras tu makin kurang. Petang tu pun baby dah bergerak active balik. Dan tak ada bukaan. Tapi kena warded jugak. Sebab doc nak monitor. 

So redha je la. Dapat bilik transit. Sebab katil penuh. Bilik transit tu dapat kerusi malas maksudnya. But surprisingly saya tidur lena je haha. Nyenyak je. 🤣🤣 Walaupun kat luar bilik ni baby nangis non stop dari malam tadi ke siang tadi. Keras nangisnya. Kesian dengar. Rasa nak pakaikan Bedtime Balm je nak bagi dia tidur lena. Seriously every mom should have a set. It's a must! 

Hari ni check up semua. Dan doc tak bagi puasa, so perut tak mengeras dah and baby active macam biasa. Tak apalah baby. Nnt mama puasa masa you dah keluar aje k. Senang dah depan mata. Lillahitaala. 

Sekarang dah boleh discharge. Waiting for husband to discharge me. Oh tak sabarnya nak balik rumah. But I believe ada sebab Allah aturkan benda ni. Now I know apa benda betul penting nak bawak pergi hospital nanti when nak deliver, and more mentally and physically prepare sebab ni kira macam predelivery la. Practice make perfect. 

Yang kelakarnya lagi sebelum datang hospital ni, mamanya dah siap iron baju raya dah pagi tu. Hahaha! Like kalau beranak jugak hari semalam, memang irony betul. 😂😂

Kita raya dulu ye baby. 😚😙

For footnote, walaupun tak sakit, tapi perut mengeras sejam 4 kali (15 minit sekali) segeralah ke hospital. Sebab there is case yang tak rasa sakit, tapi dah ada bukaan. Ini adalah atas nasihat doc ya.

Tambahan for blog version: Oh ye, masa warded ni nasib tak berapa baik sebab dapat bilik/jumpa manusia yang kepochi haha. Dari awal register sampai ke aku nak discharge, dok cerita masalah rumahtangga dia dengan semua orang hatta baru kenal orang tu dua minit. Aku dok dengan dia 24 jam rasa seluruh hidup dia aku dah tau. 😑 Dah la cakap laki I hensem. Eeeeeee. Geramnya iolss. Selepas dia dok jaja cerita suami dia curang, lepas tu dia cakap suami I hensem. Apa tu. Please la people. Behave k kat public place though I can sense that she maybe too lonely. Macam kesian jugak. Tapi please la behave. K. Papai. Next post aku cite pasal pengalaman bersalin pulak. 

Friday, June 14, 2019

Hyperthyroidism Summary

Safe Level

Free T4 11.5-22.7
TSH 0.55-4.78
**********************************
Result 19 Nov 2018
7 Weeks
Started on Propylthiouracil 100g

Free T4 84.0
TSH <0.008
**********************************
Result 11 Dec 2018
9 Weeks
Propylthiouracil 150g

Free T4 53.8
TSH <0.008
**********************************
Result 9 Jan 2019
13 Weeks
Propylthiouracil 200g

Free T4 41.7
TSH <0.01
**********************************
Result 13 Feb 2019
18 Weeks
Propylthiouracil 200g

Free T4 24.8
TSH <0.008
**********************************
Result 27 Feb 2019
20 Weeks
Started on Carbimazole 150g

Free T4 26.7
TSH <0.008
**********************************
Result 27 March 2019
24 Weeks
Carbimazole 125g

Free T4 23.5
TSH <0.008
**********************************
Result 2 May 2019
29 Weeks
Carbimazole 150g

Free T4 25.3
TSH <0.008
**********************************
Result 12 June 2019
35 Weeks
Carbimazole 150g

Free T4 20.2
TSH <0.008
**********************************
While on Propylthiouracil, I admit yang aku makan culas. Because the ubat is sooooooo freaking pahit, but I did try my best. Lepas tu kantoi dengan doc. Lepas tu kena marah. Lulz. Nasiblah salah sendiri.

Then after 20 weeks (5 months of pregnancy) I've been referred to Endocrine, which is Klinik Pakar Perubatan. Bila dah 20 weeks, doc cakap dah boleh started on Carbimazole. Carbimazole ni a bit kuat that's why dia tak sesuai untuk di consume before 20 weeks kata doc. Dah start on Carbimazole, aku dah boleh makan ubat dengan tenang. No more culas. Ada la sekali dua, tapi tu pun sebab terlampau lupa, atau ubat memang tertinggal kat mana-mana. But so far so good.

Tapi result pulak dah hujung-hujung ni dia jadi turun naik turun naik pulak. Aku pun tak berapa paham why. Sebab on early stages, turun agak laju. Doc said, orang yang suffered with unbalanced thyroid ni ada 3 jenis. 30% makan ubat terus hilang selama-lamanya, 30% makan ubat hilang kejap, then datang balik, 30% yang degil tak mau hilang-hilang.

Aku hope aku yang golongan pertama, and all this hormon yang degil tak nak turun ni cumalah seketika saja sebab aku pregnant. Hopefully after dah delivered, hormon kembali stable dan tak de hyperthyroidism lagi. Insya Allah. Miracle always happen. Feelings the prayers.

Doakan aku sembuh dari penyakit ini. Oh doc cakap ubat kena teruskan makan sampai 2 tahun. Standard untuk pesakit thyroid. It's okay. Aku reda dengan ketentuan Allah. Syurga Allah tu mahal, and kalau nak compare ujian ni dengan ujian orang lain, aku reda Allah uji aku dengan penyakit ni.