Saturday, September 21, 2019

My Pregnancy Craving+Sickness

Hi olls. Throughout the 9 months of pregnancy I have nada cravings at all. Aku try nak mencari something yang aku mengidam ke apa. Tapi tak ada haha. Saje aje nak tengok kalau suami rajin melayan ke. Lol.

Alhamdulillah la mudah. Tapi mudah tak mudah la. Masa awal-awal pregnancy ada la jugak muntah sikit-sikit. Tapi tak teruk la. Muntah kalau aku makan makanan yang a bit oily/berempah. And pagi-pagi kalau macam tersalah makan benda yang triggered nak muntah la. Diulang benda yang oily contoh pulut panggang macam tu. Memang akan muntah sikit. Heartburn goes sampai hujung pregnancy terus. Takleh makan nasi goreng/bihun goreng. Tapi lauk goreng boleh pulak. Aku pun tak paham haha.

Ada la sesekali rasa nak makan tu ni. Tapi tak la nangis hentak kaki kalau tak dapat. Kire tak teruk la ngidam aku. Tak cakap pun orang ngidam ngade-ngade k. Cuma aku tak de la kirenye perasaan ngidam tu. Nanti kang ada pulak yang cakap, kau tak rasa mana tahu. Alolololo.

Ada la sekali teringin nak makan baby crab, lepas tu durian la, lepas tu apa lagi eh. Lupa dah. But most of the time even before pregnant pun aku memang jenis kuat makan. So tak adalah craving sangat. Ehehehe. All is normal la.

And untuk heartburn tips, kalau heartburn teruk sangat, my remedies is ice cream McD vanilla. Tak kisah sundae cone/McFlurry Oreo. So far both working fine for me. Yang pelik ice cream vanilla lain tak work pulak haha. Ade-ade betul. Macam Iman. Ehh

Oh masa pregnantkan Iman aku suka benda-benda yang masin & pedas. Selamba je aku makan maggi Samyang tu. Alhamdulillah. Iman lahir one healthy boy. Tapi tu la semua benda berpada ye tuan-tuan dan puan-puan. Aku dipesan jangan makan uncook food oleh doc. Tapi kadang aku tak tahan aku makan jugak telur half cook. Because that is my favourite. Sekali sekala je la. Tapi jangan selalu. Kena ingat baby is always first. Benda dalam perut kita tak nampak. So sayangilah baby anda. Ingat tau, tak senang nak pregnant ni.

Yang pasal makanan masin yang pelik sebab masa tak pregnant aku sweet tooth. Tapi masa pregnant aku tak boleh makan benda manis, rasa mulut pahit. So goes aku suka benda masin & pedas. Masam tak sangat. Masa awal pregnant je. Itupun sebab nak buang rasa loya-loya.

So alhamdulillah for the easy pregnancy journey. Hope we meet again next time. Ehhh. Tapi so far orang cakap nanti akan rindu pregnant. Aku tak rindu pun sangat pregnant. If I miss a day, it would be hari selepas luka episiotomi aku sembuh & aku boleh poopoo dengan normal. Haha. If I could skip the pregnancy & just go to that day I would. Haha.

But it is part of life part of journey. So until next time. Terimalah I yang looking very pregnant here.


Thursday, September 19, 2019

Happy Bornday Iman Qowiy bin Izwan! 250619

Arghhhhhh! Semalam aku dah taip panjang dah lepas tu aku tertekan apa entah pasal Iman bangun nak susu. Lepas tu hilang. Stresss! Dah la aku taip kat handphone. Gigih betul rasa. Sabarlah wahai hati. Nak taip balik semalam gua dah tak ada mood. Hmmmm. Aku bukan stress pasal Iman bangun tau. Aku stress pasal aku tertekan apa entah haha. Its different k. Iman is my everything.

Anyhow, now Iman tidur. Yeayyyy hahahaha. Iman is 85 days today. Which is lagi 5 hari nak ke 3 bulan. Big boy dah anak mama ni. Does it get easier? Entahlah labu. Ada hari senang, ada hari sangat senang haha. Jaga baby nak besar. Standard la ye dak. Just enjoy every moment. Lol.

Okaylah. Semalam iolss cerita pasal pengalaman I bersalin. Aku dah melalui hari tu semalam. Hari ni nak kena melaluinya lagi. Arghhhhh! Such a tiring 2 days. Lol.

Okaylah.

25 June 2019, 5AM.

Aku tetiba terjaga dari tidur, rasa macam ada bendalir mengalir dekat celah peha. Automatic bangun rasa berderau. Uish air ketuban dan leaking ke. Eh apakah ini. Then aku ambik kapas muka sekeping then aku sapu bendalir tu. Bilik tengah gelap, so aku pun pergilah ke bilik air nak tengok apa benda tu. Adalah kesan darah sikit. Terus palpitations. Lepas tu aku duduk kejap dekat katil tenangkan diri. Termenung kejap weyh. Hahaha. Betul ke dah nak bersalin ni hari ni.

Walaupun aku dok cakap sana sini, harapnya beranak dalam minggu tu lah sebab dah tak larat nak bangun tengah malam kencing, plus nak bangun duduk pun dah terseksa bangat. Akan tetapi bila dah keluar tanda tu, lain macam lak rasa dia. Fuhh fuhh. *lap peluh sejuk*

Lepas tu aku pun kejut la suami, tapi suami I macam rileks aje. Haha. Lastnye lepas subuh jugak kitorang gerak ke hospital. Aku siapkan air semua. Air panas lah apa lah, then kami gerak ke hospital. On the way ke hospital, kami drive true McD dulu sebab kang takut bukaan cepat sangat takut tak ada tenaga la pulak nak push push baby.

Sampai dekat hospital dalam pukul 6 lebih. Kami pun makan la breakfast McD dalam kereta dekat parking aje. Oleh sebab masih pagi, alhamdulillah, senanglah parking. Dalam pada cuba tenangkan diri tu, nervouslah jugak. Dalam otak asyik dok ingat je cara nak push macam mana and so on. Itu aje aku cuba ingat. Ye la. Dok dengar macam-macam orang cakap jangan angkat punggung dan sebagainya, nanti koyak banyak. Lagilah iolss cuak. Benda tu je keep replaying dalam otak. Masa ni contractions tak teruk sangat lagi.

Dalam pukul 7 kitorang naik atas ke kamar bersalin. Oleh sebab dah pernah warded before ni plus dah pergi kursus peneman, kitorang tau dah la apa aturannya. Iwan pun kena pergi bahagian kecemasan nak daftarkan aku, sebab kaunter hasil belum bukak. Sampai kat kaunter nurse tanya, "Ye kenapa datang?" Then aku cakaplah, saya rasa saya dah nak bersalin dah ni. Dah keluar tanda. Dia tanya air ada keluar ke. Aku cakap belum lagi. Sebab kata-kata orang kalau air ketuban dah leaking, lagi cepat kot bukaan dia.

Lepas tu check mommy's and baby's heartbeat pulak. Both are okay. Nurse tanya scale sakit per 10. Aku cakaplah 3/10. Sebab sakit boleh tahan lagi masa ni. Lepas tu tunggulah lagi untuk CTG machine ada kosong. Benda ni lah paling bosan sekali. Dah la lama. Takleh main phone pulak tu. Kena termenung aje haha. Katanya kalau main phone nanti baby heartbeat tak cantik. Aku kena buat ni start dalam pukul 8 lebih sampai 9.15 macam tu. Bosan betul haha. Tapi tak apalah. It is part of journey. Part of life kan.

Lepas tu dah settle CTG check bukaan pulak. Dua kali check bukaan, dedua doc cakap 2cm. Tapi second doc cakap, dinding rahim macam dah nipis. Masa ni doc tanya, nak ubat tahan sakit tak. Aku pun acah-acah kuat la cakap boleh tahan lagi. Pasal memang masa ni sakit okay lagi. Boleh bertahan lagi. Instead aku mintak ubat cairkan kahak, pasal nose aku blocked. Dah hembus keluarkan mucus tu berapa banyak kali dah tapi it keep reproduced. Rimas gila. Plus aku pikir nanti time nak meneran you need proper breathing technique. So doc pun request la dekat nurse yang ambik ubat itu.

Dalam pukul 9.30 sempat pulak aku membuang. Lol. Tapi aku tak teran pun. Takut keluar lak baby ehe. Nasib najis senang keluar. Lulz. Pukul 10.30 aku dah start lapar pulak. Haha. Sakit-sakit pun masih ada selera makan ye tuan-tuan dan puan-puan. Agagaga. Iwan pun pergila belikan sandwich. Lepas tu aku keluar lah lepak makan dengan Iwan jap dekat luar. The whole time memang Iwan dekat luar aje. Aku dekat belah dalam. Tapi boleh je keluar-keluar dekat area situ masa siang. Malam je dia tak bagi sangat keluar. Masa ni contractions dah start lain macam dah. Time contractions datang dah kena berenti bercakap and tarik nafas dah. Fuhh fuhh.

Sampai pukul 11 pagi ni doc masih belum cek bukaan lagi buat kali kedua. Maksudnya last cek pagi tadi la dalam pukul 8. Aku dah siap makan aku masuk dalam balik. Ye la incase ada apa-apa nak cek lagi. Dalam pukul 1 tengah hari hospital bagi makan tengah hari. Aku makan ajelah. Lauk apa entah tak ingat. Ye la nanti dah masuk labour room dah tak boleh makan. Aku asyik terpikir takut tak cukup tenaga aje nak push nanti. So aku makan ajelah dengan penuh berselera. Ahaha. Tak terpikir ye effectnya selepas bersalin nanti bila mahu poopoo kali pertama ya. Lolol.

Masa dalam lunch hour ni aku dah mengadu kat Iwan, "Sakit B contractions ni. B doakanlah Allah kurangkan sakit." Aku makan sambil ambik nafas. Haha. Makan satu dua suap. Lepas tu tarik nafas layan contractions jap. Aku keep baca ayat nabi yunus tu. Tapi tulah. Aku rasa ayat tu more to bagi kekuatan dekat ko instead of kurangkan kesakitan. Because sakit nak bersalin ni lain macam betul sakitnya. Ahahaa. Maybe keep your sane. Macam tu lah. Supaya hati boleh sentiasa tenang walau jiwa bergelora. Ehh. Berpeluh kau masa ni tahan sakit.

Siap makan aku kena pindah wad transit. Wad lebih kurang masa yang kena warded 33 weeks tu. Tapi ni wad lain lah. Tapi masih lagi kerusi malas. Maybe ni tempat untuk orang-orang yang di jangka bersalin macam lambat lagi kot. Entahlah. Aku pun masuklah wad dulu. Dan bagitau Iwan. Memandangkan memang waktu tu waktu melawat, so Iwan pun datanglah kejap temankan aku dekat wad tu. Masa ni aku dah gengam tangan Iwan dah lain macam je. Haha. Setiap kali contractions datang. Lepas habis waktu melawat tu, Iwan pun keluar la. Maka aku pun teruskan menanti. Dalam pada menanti tu, aku pun pergilah ambik wuduk, solat siap-siap. Ye la apa apa karang kita tak tau kan. Nak berjuang fisabilillah ni. At least solat terakhir kita buat.

Dalam pukul 3 petang tak ada lagi doc cek bukaan kali kedua. Tapi aku dah rasa lain macam. Aku tanya Iwan, kalau aku ambik ubat tahan sakit okay tak. Dia cakap kalau tak tahan sangat ambik je lah. Iwan masa ni kat masjid sebelah hospital aje. Solat zohor. Masa ni contractions dah makin menjadi-jadi. Adalah nurse yang datang round untuk check heartbeat mommy & baby macam biasa. Masa ni aku tanyalah pasal ubat tahan sakit & mintak panggilkan doc. Sebab dah rasa macam ada benda nak terkeluar dah.

Ada member dekat sebelah, yang keluar tanda lebih kurang aku dalam pukul 5 pagi tadi. Dengan cek bukaan 2cm dalam 9 pagi tadi. Tapi aku pelik apasal dia macam okay je. Haha. Aku tanyalah dia. Tak sakit ke. Dia cakap sakit. Tapi dia cakap setiap kali dia sakit dia jalan dengan dia baca ya latif. Aku pun buat la apa dia ajar tu. Selagi larat. Tapi aku tak rasa pun sakit tu makin kurang. Haha why ooo why. Lepas tu setiap kali contractions datang aku genggam tangan dia. Aku cakap sorry. Dia cakap tak apa. Lepas tu aku dah tak tahan sangat, sebab doc tak datang-datang jugak cek bukaan, member ni tolonglah panggilkan doc. Sebab nampak aku macam nak bersalin sangat dah kot.

Sebelum tu dalam pukul 4 tu, aku dah call Iwan. Aku cakap, B saya rasa B dah kena datang sini dah ni. Lepas aku letak telefon sebab ada nurse panggil suruh tumpang bilik kelas satu kejap untuk cek bukaan. Nurse check dalam 2 kali lepas tu dia cakap dah bukak dalam 4/5cm macam tu. Tapi dia pesan jangan teran lagi. Dia cakap dah bolehlah nak tolak masuk labour room dah. Lepas tu yang kelakar tu masa tu dia suruh pindah katil yang dia boleh tolak tu, aku pergi berdiri je untuk pindah between katil tu. Haha. Dah kena marah. Dia cakap. Ehhhh kenapa berdiri. Ahahaah. Aku tengah contractions. Minda aku dah haze semacam aje. Lepas tu otw pergi kamar bersalin tu, ada pulak lah nurse yang datang untuk hantar ubat blocked nose tu. Haha. Aku tengah sakit nak bersalin ni, sempat pulak aku nak makan ubat lagi.

Lepas tu masa otw ditolak ke kamar bersalin tu, aku dok baca je ayat nabi yunus tu sambil kepit kaki. Sebab dah rasa Iman nak terkeluar sangat dah. Like kalau push sikit je aku rasa Iman dah keluar dah. Dah sampai kamar bersalin tu, dia tak masukkan aku terus dekat labour room, tapi dorang sibuk pulak dok nak pakaikan aku CTG lagi. Aku dah "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" entah kuat mana entah aku baca dengan sambil kepit peha dengan pegang besi katil tu sampai bergegau katil tu. That is how bad the contractions masa tu. Alalalala. Lepas tu agaknya dia tengok aku dah lain macam sangat. Datang la seorang sister berbaju biru datang cek bukaan aku. Masa ni aku rasa macam ada air terpekcik-percik dekat peha aku. Tapi aku macam tak berapa pasti. Sebab contractions yang terlampau sakit. Lepas sister tu cek bukaan aku. Dia cakap "Fully dilated." Terus masa ni dorang berkejaran tolak aku dekat labour room.

Sampai dalam labour room, masa ni elok aje azan asar. Dalam pukul 4.40. Lepas tu nurse dalam tu suruh pegang kaki, aku cakap tangan aku tak sampai. Kalau saya pegang benda lain boleh tak. Haha. Lepas tu nurse tu marah aku dia cakap, kamu tu dah la anak sulung, tak ada pengalaman lagi, dengar aje apa kami cakap ni. Hahahahaha. Lawak gile kena marah. Lepas tu aku cuba jugak pegang kaki aku. Kalau ikut apa aku baca kena pegang buku lali. Tapi aku dah pernah test dekat rumah memang tangan aku tak sampai, so aku pun masa tu pegang bahagian betis aku je. Lepas dah siap kangkang semua tu. Dia suruh terus push. Aku pun ingat-ingat apa aku baca. Dengan Iwan tak sempat masuknya. Tak ada orang pegangkan kepala aku. Aku angkat sendiri je. Push dekat bahagian perut masa contractions datang. Lepas tu sekali push alhamdulillah. Dorang cakap kepala dah keluar. Lepas kepala keluar dorang cakap, okay curi nafas. Aku pun nafas la laju laju, untuk next push. Sekali lagi contractions keluar, aku push lagi sekali. Lepas tu dah keluar lagi sikit agaknya entahlah aku pun tak sure hahahaha. Tapi nurse cakap haaa pandai haha. Lepas tu lagi sekali curi nafas. Tunggu contractions lagi sekali, aku push lagi sekali lepastu lahirlah Iman Qowiy bin Izwan.

Ya Allah, masa ni rasa macam-macam. Yang paling atas adalah perasaan yang terlampau lega. Sebab dah berjaya keluarkan seorang baby seberat 2.5kg. Miracle betul rasa. Dan mudahnya Allah aturkan. Alhamdulillah. I wasn't boost kelahiran aku senang, aku cuma bersyukur Allah mudahkan dengan 3 kali push. Pukul 4.58 petang, hari Selasa, 25 June 2019, Iman Qowiy dilahirkan. Lepas lahir tu Iman terus nangis which menandakan he is one healthy boy. Alhamdulillah. Iman dah siap nangis. Mama pulak sambung nangis. Entah apa entah rasa masa tu. Macam-macam rasa dia. Sampai nurse cakap, dahlah tu maknya nangis, bagi baby nangis pulak. Haha. Iman nurse letak atas mama sementara nurse jahit luka semua.

Luka episiotomy sahaja. Tapi lamanya dia jahit. Boleh tahan jugak sakitnya bila sampai ke kulit tu. Aku dok baca lagi "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" tu sambil kena jahit. Entah kuat mana entah aku baca. Serius la. Masa tu memang tak peduli kiri kanan. Bila dah settle, baru masa tu tenang sikit. Lepas tu aku mintak maaf dengan nurse yang jahit tu. Haha. Aku cakap sorry nurse, saya dok meraung apa entah tadi. Haha. Haila haila.

Fuhh lega. Alhamdulillah. Dah terlalu panjang. Maka saksikanlah sekeping gambar Iman selepas dimandikan pada hari lahirnya. Mama ayah sayang sangat dekat Iman tau.

Iman Qowiy bin Izwan

Sunday, June 16, 2019

Bahaya Bleeding & Fake Contractions

BLEEDING

At 7 weeks, aku dengan Iwan decide untuk pergi hospital after few times ada spotting/stain/bleeding. It was so stupid of us sebab tunggu lama sebelum decide ke hospital. Ayoyo.

Boleh pulak dok google google bahaya tak bleeding bla bla bla. Heyyy la. Geleng kepala ingatkan diri sendiri. Dah la nak pregnant pun susah. 

Alhamdulillah all is well. Baby is safe and sound and now at 36 weeks & 3 days.

18 nov bleeding/stain. Still tak pergi hospital. Sebab thought it was normal.

20 nov bleeding/stain. Tak pergi hospital lagi.

27 nov bleeding/stain baru pergi emergency dekat hospital. At around 11pm mcm tu.

1 dec bleeding/stain last stain, tapi masa ni dah dapat ubat, so I figure it just saki baki stain hari tu je. And no more bleeding/stain after that.

On that 27 nov tu, after dinner, balik rumah dah, then cek panties ada bleeding stain, decide untuk ke hospital terus, through emergency. Nak melalui emergency pun dah sampai pukul berapa. Standard hospital kerajaan memang akan berejam.

Dekat emergency, dorg cek ultrasound semua, kantung still ada, tapi tak nampak baby sangat, sebab baby is so small lagi. Tapi the doc in the house cakap, if things like this happen you tak pergi emergency pun tak apa. You pergi klinik desa je waktu siang. Eh. Klinik desa ckp kalau bleeding/stain ke hospital terus. So I was like 😑.

Then I've been referred to Kamar Bersalin. Which is sound so serious. Lol. Kat situ details check up semua. Ambik history bla bla bla bla. Jumpa la orang nak beranak semua whilst aku baru 7 weeks. Aku tanya doc, doc bahaya ke kalau bleeding/stain ni. Doc cakap bahaya. Macam-macam boleh jadi. So if jadi lagi, segera la ke hospital. Jangan google jangan dengar cakap benda ni semua normal. Its not normal to have bleeding/stain while pregnant. 

Then doc tanya la all the details, pasal period history, last first day menstrual cycle and bla bla bla. Lepas tu jumpa pakar. Ultrasound lagi sekali. Nampak kantung tapi tak nampak heart beat. So doc pakai satu alat tu masuk ikut bawah. Then nampak heartbeat baby. Alhamdulillah. Baby is safe n sound. First time tengok heart beat baby flickering. The feeling is sooooo serial. Tapi Iwan tak dapat tengok pasal suami kena tunggu luar. Ye la. Government hospital. Then doc cek bukaan, takut ada bukaan so ada kebarangkalian nak miscarriage. Alhamdulillah tak ada bukaan. 

Doc prescribed ubat Duphasthon, ubat kuatkan rahim untuk 2 minggu, dan nasihat untuk tak bersama suami dalam 2 minggu tu. Alhamdulillah after makan ubat, last bleeding/stain is on the day yg aku cakap tu, lepas tu tak ada dah. Lagipun aku dah berenti kerja. So no more naik turun tangga pergi stor semua. 

Process dekat kamar bersalin sampai pukul 3am. Esoknya aku pergi kerja macam biasa, tapi suami iolss yang teman pulak kecundang half day. Lol. 

Jadi nasihat saya, if you're pregnant and have bleeding or even stain, go to the freaking hospital! It's not normal. 

FAKE CONTRACTION

WARDED! 29 May 2019/Hospital Melaka. Copied from FB. At 33 weeks. 

Nope, belum nak deliver lagi. Baby acah-acah bergurau dengan mama dia. 😅😅 Perut mengeras semacam semalam.

Semalam ada check up dekat Klinik Desa. Dah hujung-hujung ni check up 2 minggu sekali. Lepas tu masa nak check heartbeat baby, nurse cakap, eh perut awak mengeras ni. Lepas tu kita pun macam, okay, tapi bahaya ke. Sebab tak sakit.

Actually ada je mengeras jugak before ni, tapi tak sakit. So I just let it go. Plus baby active je bergerak. Tapi entah kenapa semalam balik dari Klinik Desa makin menjadi-jadi pulak mengeras dia.

Bagitau suami suruh balik, ke hospital la kita. Sampai dekat hospital pukul 2 lebih. Well government hospital, you know the drill, and how long you have to wait. It is inevitable. Tapi tgk doc and nurses kesana kemari time puasa-puasa ni, lagilah double kesian. Kudos to them! Buka puasa pun laju-laju tau. Yang tak sempat berbuka, tak taulah pukul berapa baru sempat makan.

Yada yada yada, doing all the procedures. Dah bukak puasa. So mengeras tu makin kurang. Petang tu pun baby dah bergerak active balik. Dan tak ada bukaan. Tapi kena warded jugak. Sebab doc nak monitor. 

So redha je la. Dapat bilik transit. Sebab katil penuh. Bilik transit tu dapat kerusi malas maksudnya. But surprisingly saya tidur lena je haha. Nyenyak je. 🤣🤣 Walaupun kat luar bilik ni baby nangis non stop dari malam tadi ke siang tadi. Keras nangisnya. Kesian dengar. Rasa nak pakaikan Bedtime Balm je nak bagi dia tidur lena. Seriously every mom should have a set. It's a must! 

Hari ni check up semua. Dan doc tak bagi puasa, so perut tak mengeras dah and baby active macam biasa. Tak apalah baby. Nnt mama puasa masa you dah keluar aje k. Senang dah depan mata. Lillahitaala. 

Sekarang dah boleh discharge. Waiting for husband to discharge me. Oh tak sabarnya nak balik rumah. But I believe ada sebab Allah aturkan benda ni. Now I know apa benda betul penting nak bawak pergi hospital nanti when nak deliver, and more mentally and physically prepare sebab ni kira macam predelivery la. Practice make perfect. 

Yang kelakarnya lagi sebelum datang hospital ni, mamanya dah siap iron baju raya dah pagi tu. Hahaha! Like kalau beranak jugak hari semalam, memang irony betul. 😂😂

Kita raya dulu ye baby. 😚😙

For footnote, walaupun tak sakit, tapi perut mengeras sejam 4 kali (15 minit sekali) segeralah ke hospital. Sebab there is case yang tak rasa sakit, tapi dah ada bukaan. Ini adalah atas nasihat doc ya.

Tambahan for blog version: Oh ye, masa warded ni nasib tak berapa baik sebab dapat bilik/jumpa manusia yang kepochi haha. Dari awal register sampai ke aku nak discharge, dok cerita masalah rumahtangga dia dengan semua orang hatta baru kenal orang tu dua minit. Aku dok dengan dia 24 jam rasa seluruh hidup dia aku dah tau. 😑 Dah la cakap laki I hensem. Eeeeeee. Geramnya iolss. Selepas dia dok jaja cerita suami dia curang, lepas tu dia cakap suami I hensem. Apa tu. Please la people. Behave k kat public place though I can sense that she maybe too lonely. Macam kesian jugak. Tapi please la behave. K. Papai. Next post aku cite pasal pengalaman bersalin pulak. 

Friday, June 14, 2019

Hyperthyroidism Summary

Safe Level

Free T4 11.5-22.7
TSH 0.55-4.78
**********************************
Result 19 Nov 2018
7 Weeks
Started on Propylthiouracil 100g

Free T4 84.0
TSH <0.008
**********************************
Result 11 Dec 2018
9 Weeks
Propylthiouracil 150g

Free T4 53.8
TSH <0.008
**********************************
Result 9 Jan 2019
13 Weeks
Propylthiouracil 200g

Free T4 41.7
TSH <0.01
**********************************
Result 13 Feb 2019
18 Weeks
Propylthiouracil 200g

Free T4 24.8
TSH <0.008
**********************************
Result 27 Feb 2019
20 Weeks
Started on Carbimazole 150g

Free T4 26.7
TSH <0.008
**********************************
Result 27 March 2019
24 Weeks
Carbimazole 125g

Free T4 23.5
TSH <0.008
**********************************
Result 2 May 2019
29 Weeks
Carbimazole 150g

Free T4 25.3
TSH <0.008
**********************************
Result 12 June 2019
35 Weeks
Carbimazole 150g

Free T4 20.2
TSH <0.008
**********************************
While on Propylthiouracil, I admit yang aku makan culas. Because the ubat is sooooooo freaking pahit, but I did try my best. Lepas tu kantoi dengan doc. Lepas tu kena marah. Lulz. Nasiblah salah sendiri.

Then after 20 weeks (5 months of pregnancy) I've been referred to Endocrine, which is Klinik Pakar Perubatan. Bila dah 20 weeks, doc cakap dah boleh started on Carbimazole. Carbimazole ni a bit kuat that's why dia tak sesuai untuk di consume before 20 weeks kata doc. Dah start on Carbimazole, aku dah boleh makan ubat dengan tenang. No more culas. Ada la sekali dua, tapi tu pun sebab terlampau lupa, atau ubat memang tertinggal kat mana-mana. But so far so good.

Tapi result pulak dah hujung-hujung ni dia jadi turun naik turun naik pulak. Aku pun tak berapa paham why. Sebab on early stages, turun agak laju. Doc said, orang yang suffered with unbalanced thyroid ni ada 3 jenis. 30% makan ubat terus hilang selama-lamanya, 30% makan ubat hilang kejap, then datang balik, 30% yang degil tak mau hilang-hilang.

Aku hope aku yang golongan pertama, and all this hormon yang degil tak nak turun ni cumalah seketika saja sebab aku pregnant. Hopefully after dah delivered, hormon kembali stable dan tak de hyperthyroidism lagi. Insya Allah. Miracle always happen. Feelings the prayers.

Doakan aku sembuh dari penyakit ini. Oh doc cakap ubat kena teruskan makan sampai 2 tahun. Standard untuk pesakit thyroid. It's okay. Aku reda dengan ketentuan Allah. Syurga Allah tu mahal, and kalau nak compare ujian ni dengan ujian orang lain, aku reda Allah uji aku dengan penyakit ni.

Friday, May 03, 2019

The First Scan

Hi semua.

Since doing the pregnancy test, aku ada download satu apps ni. Nama dia "What to Expect - Pregnancy". So when first time installing the apps, dia akan tanya, the first date of your last period sebab pregnancy journey kita start kira daripada tarikh itu. So aku masukkan tarikh 6hb Oktober. And apps tu cakap aku dalam 5 weeks of pregnancy.

So aku google la, bila waktu terbaik nak confirmkan pregnancy, ye la sebab kalau dah confirm nanti senang la nak jaga makan, jaga diri dan sebagainya. Baca baca dan baca, dan dapat jawapan most of them cakap berdasarkan pengalaman, 6 minggu dah boleh nampak. Sebab kalau ko scan awal tak nampak pun menghabiskan boras je. Tapi ada jugak yang 6 minggu tak nampak. Tapi oleh sebab kurang sabar lulz aku pergi jugak masa 6 weeks. 3 tahun tunggu katakau. Siapa tak excited. Ehe.

On 17hb Nov, aku pergi dekat klinik ni cakap, saya nak confirmkan pregnancy, dia cakap okay. Klinik Amal & Surgery. Lepas tu tetiba dia mintak aku buat pregnancy test pakai pregnancy sticks tu. Aku pun buatlah. Maybe procedure. Lepas tu jumpa doc, excited nak scan. Rupanya tak boleh scan. Adeh. Sebabnya yang ada doc locum (part time) je. Bukan doc o&g. Lepas tu pregnancy test tu memang keluar double line. Lepas tu doc cakap, kalau double line tu pregnant lah tu. Alaaa I nak scan. Test tu kira 4 kali dah la aku buat. Doc cakap mesti excited kan first pregnancy. Aku cakap excited la, tapi takut jugak kot kalau ectopic (mengandung luar rahim) takpun chemical pregnancy ke. Sebab the sooner you know, the earlier you get to make peace with reality. Kan. Anyway, bayaran kat sini RM23. Okaylah tak la rasa bazir sangat.

Anyway, sebab masih tak puas hati lagi, aku google la klinik lain, and I come across this one clinic. Klinik Fadhilah. Doctor perempuan. If I got chance, bila pergi klinik swasta aku try cari yang klinik ada doc perempuan. Ye la, sebab dah tau nak scan perut. Before pergi tu aku dah call siap-siap to make sure doc ada dan aku dapat buat scan. Dan alhamdulillah doc ada. Pukul 8 malam kami pergi. Dan doc terus scan. Dan alhamdulillah. Nampak dah kantung, tapi belum nampak baby lagi sebab baby kecik sangat lagi. But everything is well doc cakap. Kantung cantik. Alhamdulillah. Syukur.

Sebelum balik, aku ajukan soalan dekat doc, "Doc saya ada rasa macam palpitations la lately, tu kire symptoms pregnant ke doc?" Tanyaku kepada Dr Fadhilah.

Doc cakap eh ye ke, saya takut kamu ni hyperthyroidism je. Then doc check aku punya suhu, dan suhu tinggi sikit 37.8. Tapi aku tak rasa demam pun masa tu. Blood pressure  aku 137/84. Heart rate aku 119. Tinggi tu bai.

Aku tanya la doc kenapa doc cakap hyperthyroidism? Doc cakap hormon pregnancy dengan hormon hyperthyroidism lebih kurang sama, so takut body confuse. Lebih kurang macam tu la. Tapi masa tu aku pulak confuse. Jadi aku ni mengandung ke tak.

Kemudian Dr Fadhilah bagi aku surat refers untuk bawak dekat klinik desa hari isnin berikutnya. Bayaran kat sini RM78 beserta harga ubat demam iaitu paracetamol. Okaylahkan.

Tapi kami masih risau. Ye la dah kenapa dengan aku ni tetiba lak ada hyperthyroidism. Hmmmm.

Jadinya hari isnin tu, pagi-pagi lagi kami ke klinik desa seperti yang dicadangkan. First time buat buku merah memang lama, macam-macam diorang nak tulis, sebab semuanya masih manual. Kami sampai dalam pukul 8, settle semua rasanya dalam pukul 12 macam tu la. Nurse cakap first time buat buku merah/pink memang lama. Kami redha.

Oh untuk first timer, nanti jangan lupa bawak sijil kawen tau untuk first registration. Sebab hari tu suami iolls kena balik ambik. Nasib la jarak klinik dengan rumah 2km mcm tu je.

So, hari tu jugak, aku pass la surat refer dari Klinik Dr Fadhilah tu. Dan all the blood sample were taken. And doc cakap, once result keluar, kalau betul hyperthyroidism, memang akan on ubat on the spot. Memula aku tak paham. I don't know apa benda hyperthyroidism tu. Aku tak paham apa bahaya dia.

Rupanya hyperthyroidism ni, ialah satu hormon yang kawal banyak benda dalam badan kita. Contoh detak jantung kita, suhu badan kita and etc. If you're pregnant, dan hyperthyroidism tu tak di kawal dengan ubat, it might effect the baby growth such as boleh menyebabkan kecacatan, early labour dan sebagainya.

Dan jeng jeng jeng. A few days within the same week, I received a call from Klinik Kesihatan Ayer Keroh. Turns out, my thyroid level is freaking high. Like freaking freaking high.

Range paling tinggi adalah 100, and mine is 84. Pehhhhhh. Masa tau tu macam-macam berlegar di otakku. Antara yang aku google adalah, can people die because of hyperthyroidism. Dan sebagainya. Ye la, sebab thyroid kan ada cancer dia. Terus rasa down for few days. Uhuk.

Then aku pun pergilah Klinik Kesihatan Ayer Keroh seperti yang disarankan. Berjumpa doc yang sama aku jumpa dekat Klinik Desa, sebab doc tu memang berada di dua-dua klinik. Don't know why. Tapi doc tu very-very soft spoken and menenangkan. I like you doc.

Terus on ubat PTU. Ubat ni pahit nak mamps. Nanti next post aku cerita pasal perjalanan hormon thyroid aku.

As for now, I'm at 33 weeks. And being warded. Lol. Yang ni pun nanti aku akan cerita. This journey is such a gifted journey. Thank you Allah for choosing me.

Wednesday, April 24, 2019

When & Why I am Unemployed

Okay. Mari kite sambung. Nampak kan aku unemployed. Lol.

I am now in my 7 months pregnancy, 28 weeks ++. Jadi dah kena kire pergerakan baby. Alang-alang tak berapa nak boleh tidur, marilah kita sambung cerita.

7 months and the baby are very active. Alhamdulillah.
Why am I unemployed?

So in August 2018, aku started working dekat satu company t-shirt ni di Melaka Raya. It was a disaster. Spoiler alert! But I guess God has His reasons. And what doesn't kill us make us go stronger.

Sebelum pergi interview ni, seorang officemate suami saya yang juga cuba apply kat tempat sama, macam bila tau aku had interview dekat sini mention like, company ni selalu sangat open vacancies. And I was giving the benefits of the doubt pun masa tu macam, tak pelah accept je la dulu. Esok kalau pelik-pelik sangat berhenti je.

Ye memang benar company ni boleh dikatakan all years long open vacancies. Ada fews companies under one big company, jadi kalau tak company tu yang run the ads. The other company will run the ads.

I've been offered the position right away after the interview. Katanya taknak membazir masa. Little did I know that the boss is actually jenis yang suka buat reckless decision kinda like tak tetap pendirian punya orang la. Very hard to work with.

My post is graphic designer for branding. Aha. So work and work and work with a lotsssss of meetings yang panjang. So many meetings and so long. And so unnecessary. Its always repeat the same unsolved issues. Itu menunjukkan betapa lemahnya leadership skill seorang boss.

After quite sometimes, I have been offered for another position, graphic designer for marketing pulak. Aku malas nak panjang-panjang, I just says okay.

After quite sometimes, I'm no longer a graphic designer tapi seorang marketing executive pulak. I have to do the proposal for new campaign for the company because apparently budak sales/marketing tak tau guna words. Lol. Tepuk dahi. Yang kelakar tu, beriya nau mentions dia jadi leader of dia punya college dulu, and dia tak pernah buat kerja-kerja macam tu. So unprofessional, arrogant and nobody's care pun in work environment who are you in college/university. We just want somebody to do the jobs.

So my graphics jobs got piles up, sebab aku dah confuse which job should I focus on. I talk to my boss several time, tapi boss aku cakap buat je la sekali jalan. Wow.

After quite sometimes aku jadi budak sales pulak bila mana aku kena keluar jumpa customer. Okay tak pe aku buat.

Because there is so many jobs, aku balik pukul 8/9/10 selama 3 bulan. Not that aku merungut. Life is hard, I know. But at some point I realise everything is just bullshit. And nobody really care pun. And it's not worth my life. It's not worth the peace of my life.

After quite sometime, I tau dah la siapa yang kaki jilat dan sebagainya dan apa problem paling besar company tu. And I got pregnant bulan 11. And aku taknak dah balik lambat. I got pregnant late. And I'm so stress at work. And getting pregnant is not something you get everyday. And I don't want to jeopardize it. Aku balik lambat almost setiap hari. It is very tiring. Aku kena kerja on Sunday and sometimes public holiday. And when I go to check up, my boss says I am missing in action. My boss keep doing interview and ambik orang baru and orang lama dia ugut-ugut untuk buang. So many meetings. Meetings bincang pasal collect duit makan RM10 sebulan and that everyday you have to speak english. Kalau tak you have to pay RM1.

Iwan sampai merajuk aku balik lambat hari-hari and he always be the one yang most understanding. Solat aku terabur. Aku solat asar 6.45. Aku solat maghrib pukul 8.20.

The first trimester is a bit hard. Loya, heartburn, muntah. I try my best. Marketing and sales team kena pindah kat 3rd floor. Before that aku duduk 2nd floor. And when we've move, ada suara-suara sumbang cakap kami tak buat kerja pulak.

Aku pindah tempat ada dekat 3 4 kali. Memula aku masuk aku duduk that side. Lepas tu kena pindah sebab PA baru nak masuk. Then duduk this side. Then bila marketing team dah cukup, kami 4 orang pindah naik atas. Then suddenly 1 of the team mate kena turun bawah, membawa aku kena turun bawah untuk guide dia pulak.

My boss said, now that marketing team dah cukup, I've only have to guide them, but then suddenly he asked things from me. Like you punya design mana. He is so so so indecisive and annoying. I can't bear with him anymore.

Selepas I bring all my stuff dengan printernya ke atas, dia suruh aku duduk bawah pulak. When I refuse, dia cakap aku taknak tinggal budak kat atas sebab sayang sangat. Eh geram pulak aku ko kan yang suruh kami satu team pindah atas. Ingat aku tak de kerja lain ke nak buat.

Yada yada yada. Ada satu hari tu aku keluar awal, sebab boss mintak beberapa t-shirt tu sedia by that day, so being a competent staff lol, aku pun pergila tempat tu. And then suddenly dia buat meeting at 6 when itu waktu orang balik. And aku dapat update suddenly all the post dah ditukar and ada orang cakap belakang pasal aku keluar cari t-shirt tu. I've been so husnuzon dekat dia, but she just showed her true color little by little. So dia lah jadi leader segala leader. Not that I mind, it just that the decision made bila aku tak ada. A little disappointed.

Malas nak ambik kisah, aku kerja macam biasa, no longer supervise my team, sebab aku cakap dengan dorang, I'm no longer your leader, I can't give you guys instructions anymore.

Rupa-rupanya ada orang cakap belakang that aku macam tak boleh fokus sejak akhir-akhir tu. I've tried my best, dan kalau my best tak cukup apa boleh buat kan. Aku rasa aku okay je. For the first time aku rasa we are all on the right track tapi boss aku terlalu micromanage that he asked how much sales we made per days, every damn day. Sabar je la.

So bla bla bla yada yada yada, one of the team mate, kena buang sebab lupa bawak baju masa pergi Singapore. What a pathetic excuse. And dia dibuang hari aku cuti.

Aku dah makin menyampah dengan management. Haha. Ye la budak tu budak digital marketing, ko suruh buat sales, memang la dia taknak. Masa interview cakap tak payah call orang la, lepas tu kena pulak. And I've seen her trying her best, itu yang sayang. Orang dah mula kenal jenama, suddenly things go back to zero again sebab my boss tak paham power of social medias. I've seen the results. Tu yang sayang. When things dah mula nampak hasil. Tapi boss aku jenis hari ni kawen esok dah kena ada anak haha.

And then, masa boss tak ada, si kaki putar alam tu, buat meeting not included me. I got the hint. Maksudnya tak lama lagi aku la kot kena buang. Lol. And she listed all the design/job yang belum selesai as if department aku je tak buat kerja. Aku lalu bilik meeting aku senyum je. Boss pun lepas dah balik dari outstation tu asyik tanya je, "You boleh kerja ke tak?" Few times bai dia tanya aku. I got the hint as well. Ada satu hari tu kena kerja on public holiday. Some datang some tak datang. Aku memang tak larat dah nak kerja. Dah la selalu balik lambat, ahad pun kena kerja and being pregnant is so tiring, and no OT ye guys. Lepas tu dia pakai point tu cakap aku tak bertanggungjawab. Pedih bai. After all the hard work. I never work that hard before. I really really trying my best. It just hurt so much.

After much consideration walaupun tau aku akan susah dapat kerja because I'm 2 months pregnant and all the morning sickness, I finally decided to resign on 31st December.

So there goes the reason why I'm unemployed. And to sum up all the things sebenarnya company tu memang nak semua orang buat sales je at the end of the days. Customers services, graphic designers, marketing executive, hatta PA dia pun kena buat sales. Lol. So at the end of the day, ko kena buat sales jugak. Aha. Boleh kira scam jugak la. Tapi scam acah-acah cara halus. Sepanjang aku kerja kat sana selama 4 bulan, ada ramai sangat staff berhenti, and most of the reasons sebab nonsense jobscobe. Ada yang lagi kesian, mintak customer services kena kemas store. Dia dahlah asthma. Kesian gila. Perempuan pulak tu. And solution dia bagi adalah pakai mask je. Haha.

Anyway, that is the worst company I ever worked at, and I hope if you ever come across a t-shirt company around Melaka Raya, run as fast as you can, because that shit does not worth you life. Lulz. And that is not even the whole ridiculous things happen there. Ada banyak lagi yang dah tak cukup tanah dah nak cerita tapi aku dah malas and I believe you got the point.

So until next time.

Friday, April 19, 2019

Gee is Finally Pregnant after 2 Years of Marriage

Hi guys. Gee datang lagi. Semua post lama iolls dah draftkan sebab malu dengan diri sendiri yang dulu emo tak memasal. Bhahaha. Sepertinya malu bila FB bagi notifications memories lama-lama. Rasa macam nak maki diri sendiri! Sekarang acah-acah dah matang la kononnya.

Anyway, rasa nak menulis semula, satu is sebabnya I am now unemployed. Dua is sebabnya, I felt like I should memorikan pengalaman ini because it just too priceless to not to.

So aku dan Iwan dinikahkan pada 30hb April 2016. Adik ipar aku nikah 28hb April 2017. Hasya lahir pada 27hb March 2018. Maknanya it takes her only 2 months to conceive. Masa tau tu, pedih dia lain macam haha. Adalah rasa jeles sikit sebab of course I would asked myself kenapa orang lain senang sangat nak pregnant. Tapi sikit je la. And not in ill form. Nauzubillah. I thought bila kawen aku pun akan pregnant terus. Lol. It's not happening to everyone guys. Maybe sebab aku dah tua. *Sedau diri. Anyway aku dengan Iwan so far okay je. Happy je nak dapat anak buah baru. Iwan la especially. Aku okay aje pasal anak buah aku up to the moment dah 14 orang dah.

30 April 2016

So bila Hasya lahir, aku masih belum pregnant. Iwan still rileks je. Aku ada jugak cuba ajak dia jumpa doc. Baca tu baca ni. Tapi tak terpergi jugak. Kos salah satu sebabnya. Masa tu rancang nak jumpa pakar dekat hospital swasta. So mestilah kena pikir bajet jugak.

Yang lagi pedih hulu hatinya, bila tengok Iwan sayang betul dekat Hasya tu. Happy gembira betul main dengan Hasya. Not that he shouldn't love her, it just that I feel sad that at the age that he should play with his own kids, instead he play with other's kids. Kadang-kadang borak dengan Aisyah, aku nangis-nangis cakap pasal benda ni. Pasal not being able to give kids to him. Walaupun tak pernah check pun siapa yang problem. Tapi ye la, walaupun most of the time we are okay happy bahagia je, tapi adalah jugak time rasa sedih down dan sebagainya. God's given feelings.

Aku pun ada beli yang sticks untuk detect bila waktu subur tu. Senang la nak plan apa-apa. Mungkin jugak kami tak pregnant-pregnant sebab kami pun malas jugak. Tak serancak pengantin baru. Aha. Kadang-kadang timing salah. Tapi sebelum ni pernah je bersama time waktu yang lebih kurang waktu yang conceive tu. Sebab everytime we do it, I tanda dalam apps phone ni. Senang nak tau tarikh sendiri dan sebagainya. *untuk bacaan dewasa lulz


Test Kesuburan - Ihsan Google

Anyway, suddenly dalam bulan November 2018, aku tetiba period lewat sehari. Selalu aku akan period awal walaupun ada je period lewat sehari, tapi hari tu terus period, dan lalu kecewa. Lepas tu aku pun tak tau mana datang confident. Aku pun buat la pregnancy test. Padahal baru lambat sehari je. Aku buat test 4hb Nov 2018.

Period Suppose Date 3hb November 2018

Dan keluar double line. Masa ni happy la. Walaupun can be false alarm, tapi dapat rasa pregnant seminggu dua minggu pun dah rasa syukur. Pregnancy test tu memang ada kat rumah sebab pernah sekali tu aku cirit birit melampau thought I was pregnant, aku mintak Iwan beli ubat cirit birit dengan pregnant test 1 keping. Tapi tak guna pun. Turn out I am actually gastric. Lulz. So simpan je pregnancy test tu.

Masa tu aku balik kampung, aku pun bawak siap-siap pregnancy test tu dan test dekat kampung. Kenapa aku bawak tu pun aku tak sure. Betulkan instinct manusia ni kuat. Bila dah test tu, aku tunjuk la dekat Iwan. Iwan masa tu tengah tidur. Aku test pagi, sebab baca katanya bagus test waktu pagi. Respond Iwan dia senyum lepas tu dia sambung tidur. Hmmmmm. Aku rasa dia mamai dan dia tak paham kot.

1st Time Buat Pregnancy Test

Walaupun second line tu nampak tak nampak, tapi jenuh aku google, katanya ada harapan. So dalam harapan aku pun menenangkan diri. Ye la, kang berharap sangat kang pun kesian jugak. Iwan pun dah pesan, rileks-rileks je. Lagipun aku plan nak buat test lagi nanti. So we waited a few days, dan aku tak period-period lagi and we do the test again.

2nd Time Buat Pregnancy Test - 14hb Nov 2018

And alhamdulillah, both test come out positive. Walaupun tak berapa nampak yang stick test tu, tapi ada je second line samar-samar. So, kalau nak disimpulkan semua ini, macam mana boleh mengandung, what did we do, we don't really have answer. Semua benda biasa-biasa je. Nanti aku sambung cerita lagi, bila aku ke klinik untuk buat scan kali pertama ya. Dan pelbagai dugaan yang menimpa. Seeya.