Thursday, October 22, 2020

Rawatan Iodin untuk Pesakit Hyperthyroid

Hai. Assalamualaikum.

Nampak gayanya blog ni updated setahun sekali hahaha. I'm so used to typing in phone keyboard with predictive word, rasa macam lembab pulak menaip kat laptop ni ahaha.

Anyway, yesterday I've just go through iodine treatment for my hyperthyroid yang aku pernah ceritakan kat sini - Hyperthyroidism Summary. So turns out, even after delivery, my hormone thyroid is still degil, turun naik turun naik. Mungkin kerana kadang2 ada tertinggal makan ubat jugak. Tapi tak la selalu. Sgt jarang.

So sebab dah almost 2 years makan ubat PTU and then sambung with Carbimazole. Start makan dalam bulan Nov 2018, so sekarang dah Oct 2020. Iman pun dah almost 1 tahun 4 bulan.

Why have to go for this treatment? Okay, aku explain ikut pemahaman aku ye. Hyperthyroid ni adalah bila, tyhroid gland (mesin yg produce hormon thyroid tu) produce too much of thyroid hormone. Why is it bad? Sebab thyroid hormones control banyak benda dalam badan manusia, termasuklah heart beat, muscle, kesuburan & sebagainyalah. So if its too much, nnt sytem badan kita kucar kacir la. Having too much of something is never good. So the uses of iodine in this treatment akan, melumpuhkan thryriod gland tu kot rasanya daripada produce hormon tu lagi. Ataupun maybe dia macam nak reset balik the system of thryroid gland tu. Iodin akan buang semua hormon yg ada dekat situ, so dia akan reset & start fresh. & having hypothyroid is soo much better than having hyperthyroid. So insya Allah, semuanya baik2 saja. Gee power. I can do it. My body can do it.

So doctor actually dah cakap pasal iodine treatment ni few times dah actually. Dia dah start explain dalam beberapa few appointments sebelum we proceed to it. So mula2 kena tengok result darah. Ada level dia, Hormone tak boleh terlalu tinggi. Doc cakap kena dalam T4 30 ke bawah mcm tu. So lepas latest result darah is okay, terus doc setkan appointment.

And my situation kinda ideal to proceed with it. Sebab iman tak susu badan. Dia susu formula, sebab if proceed with the treatment, you have to give up the breastfeeding for the current baby. But for next baby should be no problem. So they have to made sure, I'm not pregnant also. And I'm not because I'm on contraceptive pills. Sebab baby can affected directly & janin boleh rosak & you can have misscarriage because the iodine has radioactive. 

I okay aje. For me Iman still small lagi. I'm not ready. Iman not ready. So okay sahaja. And after 6 months of this treatment, then I can proceed for second baby. Hopefully all is well. And the next time I go to IKN, I'll be just for normal check up. Aminn with me pls.

Okay so the treatment is at IKN, Institute Kanser Negara. Knowing that I have to do the treatment there, rasa cuaks la jugak, tp so far untuk government mmg dekat situ je. So takyah pikir banyak. Bayaran sekali minum RM125 je. I think its quiet okay for the amount sebab masa jumpa doc, doc cakap the meds are from German. 

So the process is, Hospital Melaka will have our consent to book the appointment for iodine treatment with IKN. Then IKN will call us directly to tell us the date. So my last appointment with Endocrine Clinic, Hospital Melaka is on 2nd of Sept. IKN called me on 22nd of Sept, and the date for the treatment is yesterday lah, 21st Oct. So pada aku since sekarang PKP, quite cepat la dapat date.

So sebelum tarikh tiba, kita arrange for Iman's punya tempat tinggal, sebab lepas minum iodin, I have tp quarantine my self for 8 days. Sebab radioactive can damaging people somehow especially kids under 12 years old & pregnant women. They are high risk category. 1st thought mmg nak tinggal dengan atok mak dia. Dah pernah cakap before ni. Tapi macam2 la pikir. Takut susahkan la, takut gaduh dengan hasya la haha, takut takleh handle la. Biasalah mak2 ni. And I never not meet Iman a day. And Iman tak pernah tak ada salah sorang, mama/ayah. Aku pernah la keluar nak jumpa mama & ada event, tp malam masih jumpa Iman. Dan Iwan pernah la masa pantang tak jumpa Iman, but Iman ada mama dia. So kitorg cuak jugak. Iman boleh ke? Kesimpulannya overthinking la.

Lepas tu terpikir nak hantar pengasuh la. Tapi pengasuh mintak RM900 for 8 days. Haha. Gua is tak mampu. So end up hantar rumah atok mak jugak. Tp dah tanya adik (read adik Iwan), boleh handle tak, dia cakap boleh. So onz saja. Lagi bagus Iman stays within family. Sekarang dah 2 malam dia tidur dengan atok mak. Alhamdulillah, dari cerita & perkhabaran, he's adjusting very well. Alhamdulillah ya Allah, Kau mudahkan urusan2 mereka yg menjaga Iman. 

So hari semalam ke IKN, we decided to check in dekat Cyberjaya a day before, sebab appointment pagi pukul 9, so nak gerak dari Pahang (lepas hantar Iman) jauh tuuu. So pagi2 pukul 8 lebih dah check out sesiap. Sampai IKN terus daftar dekat Pesakit Luar sebab first timer. Okay then dia suruh terus pergi Perubatan Nuklear (Diagnostik). So bagi kad yg baru dapat tadi, then dapat nombor. Tunggu turn. Normal check up. Jumpa doc, minum iodine & settle.

Iodine tu kita akan minum dalam satu bilik. Then dia akan letak dalam satu bekas tembikar. Sikit sangat bendanya. Tak sempat nak menikmati pun. Lepas tu kita akan sedut guna straw. Tapi tangan semua takleh pegang tembikar & straw tu. Just tunduk & sedut sahaja. & dia akan bilas bekas tu dengan air masak, & kita akan sedut lagi sekali habiskan saki baki dia. Rasa dia macam plain water je. Lepas tu terus balik. Jgn merayau tak tentu hala. Lepas sejam minum tu, baru boleh makan.

So far staff IKN semua baik & mesra sangat2. Doc pun terangkan & answer all my question very clearly. I give them A for service. Tip top. Oh 7 hari sebelum rawatan, kena pantang makan seafood & telur kuning nurse cakap sebab mengandungi iodin jugak, so takut dia react dengan iodin yg kita minum tu. Lepas minum, takyah pantang dah. But to be save, tunggulah 2 3 hari. 

And what happen to me after the treatment? Tekak rasa kesat & kering sikit. & thyroid gland tu membengkak. Sebab dia tengah kerja nak hilangkan all the hormon. Masa memula bangun petang tadi, rasa macam, aku tidur salah ke, then rasa tekak, uish bengkaknya. Ada rasa perit nak telan air liur, rasa sakit sikit la mcm ada tension kat kiri kanan tekak ni. Rasa nak muntah sikit2. But still manageable la. I'm all aware of the side effects. 

Okay, panjang sudah. Doakan aku ye guys. Jom sihat, bahagia & kaya :)


Saturday, September 21, 2019

My Pregnancy Craving+Sickness

Hi olls. Throughout the 9 months of pregnancy I have nada cravings at all. Aku try nak mencari something yang aku mengidam ke apa. Tapi tak ada haha. Saje aje nak tengok kalau suami rajin melayan ke. Lol.

Alhamdulillah la mudah. Tapi mudah tak mudah la. Masa awal-awal pregnancy ada la jugak muntah sikit-sikit. Tapi tak teruk la. Muntah kalau aku makan makanan yang a bit oily/berempah. And pagi-pagi kalau macam tersalah makan benda yang triggered nak muntah la. Diulang benda yang oily contoh pulut panggang macam tu. Memang akan muntah sikit. Heartburn goes sampai hujung pregnancy terus. Takleh makan nasi goreng/bihun goreng. Tapi lauk goreng boleh pulak. Aku pun tak paham haha.

Ada la sesekali rasa nak makan tu ni. Tapi tak la nangis hentak kaki kalau tak dapat. Kire tak teruk la ngidam aku. Tak cakap pun orang ngidam ngade-ngade k. Cuma aku tak de la kirenye perasaan ngidam tu. Nanti kang ada pulak yang cakap, kau tak rasa mana tahu. Alolololo.

Ada la sekali teringin nak makan baby crab, lepas tu durian la, lepas tu apa lagi eh. Lupa dah. But most of the time even before pregnant pun aku memang jenis kuat makan. So tak adalah craving sangat. Ehehehe. All is normal la.

And untuk heartburn tips, kalau heartburn teruk sangat, my remedies is ice cream McD vanilla. Tak kisah sundae cone/McFlurry Oreo. So far both working fine for me. Yang pelik ice cream vanilla lain tak work pulak haha. Ade-ade betul. Macam Iman. Ehh

Oh masa pregnantkan Iman aku suka benda-benda yang masin & pedas. Selamba je aku makan maggi Samyang tu. Alhamdulillah. Iman lahir one healthy boy. Tapi tu la semua benda berpada ye tuan-tuan dan puan-puan. Aku dipesan jangan makan uncook food oleh doc. Tapi kadang aku tak tahan aku makan jugak telur half cook. Because that is my favourite. Sekali sekala je la. Tapi jangan selalu. Kena ingat baby is always first. Benda dalam perut kita tak nampak. So sayangilah baby anda. Ingat tau, tak senang nak pregnant ni.

Yang pasal makanan masin yang pelik sebab masa tak pregnant aku sweet tooth. Tapi masa pregnant aku tak boleh makan benda manis, rasa mulut pahit. So goes aku suka benda masin & pedas. Masam tak sangat. Masa awal pregnant je. Itupun sebab nak buang rasa loya-loya.

So alhamdulillah for the easy pregnancy journey. Hope we meet again next time. Ehhh. Tapi so far orang cakap nanti akan rindu pregnant. Aku tak rindu pun sangat pregnant. If I miss a day, it would be hari selepas luka episiotomi aku sembuh & aku boleh poopoo dengan normal. Haha. If I could skip the pregnancy & just go to that day I would. Haha.

But it is part of life part of journey. So until next time. Terimalah I yang looking very pregnant here.


Thursday, September 19, 2019

Happy Bornday Iman Qowiy bin Izwan! 250619

Arghhhhhh! Semalam aku dah taip panjang dah lepas tu aku tertekan apa entah pasal Iman bangun nak susu. Lepas tu hilang. Stresss! Dah la aku taip kat handphone. Gigih betul rasa. Sabarlah wahai hati. Nak taip balik semalam gua dah tak ada mood. Hmmmm. Aku bukan stress pasal Iman bangun tau. Aku stress pasal aku tertekan apa entah haha. Its different k. Iman is my everything.

Anyhow, now Iman tidur. Yeayyyy hahahaha. Iman is 85 days today. Which is lagi 5 hari nak ke 3 bulan. Big boy dah anak mama ni. Does it get easier? Entahlah labu. Ada hari senang, ada hari sangat senang haha. Jaga baby nak besar. Standard la ye dak. Just enjoy every moment. Lol.

Okaylah. Semalam iolss cerita pasal pengalaman I bersalin. Aku dah melalui hari tu semalam. Hari ni nak kena melaluinya lagi. Arghhhhh! Such a tiring 2 days. Lol.

Okaylah.

25 June 2019, 5AM.

Aku tetiba terjaga dari tidur, rasa macam ada bendalir mengalir dekat celah peha. Automatic bangun rasa berderau. Uish air ketuban dan leaking ke. Eh apakah ini. Then aku ambik kapas muka sekeping then aku sapu bendalir tu. Bilik tengah gelap, so aku pun pergilah ke bilik air nak tengok apa benda tu. Adalah kesan darah sikit. Terus palpitations. Lepas tu aku duduk kejap dekat katil tenangkan diri. Termenung kejap weyh. Hahaha. Betul ke dah nak bersalin ni hari ni.

Walaupun aku dok cakap sana sini, harapnya beranak dalam minggu tu lah sebab dah tak larat nak bangun tengah malam kencing, plus nak bangun duduk pun dah terseksa bangat. Akan tetapi bila dah keluar tanda tu, lain macam lak rasa dia. Fuhh fuhh. *lap peluh sejuk*

Lepas tu aku pun kejut la suami, tapi suami I macam rileks aje. Haha. Lastnye lepas subuh jugak kitorang gerak ke hospital. Aku siapkan air semua. Air panas lah apa lah, then kami gerak ke hospital. On the way ke hospital, kami drive true McD dulu sebab kang takut bukaan cepat sangat takut tak ada tenaga la pulak nak push push baby.

Sampai dekat hospital dalam pukul 6 lebih. Kami pun makan la breakfast McD dalam kereta dekat parking aje. Oleh sebab masih pagi, alhamdulillah, senanglah parking. Dalam pada cuba tenangkan diri tu, nervouslah jugak. Dalam otak asyik dok ingat je cara nak push macam mana and so on. Itu aje aku cuba ingat. Ye la. Dok dengar macam-macam orang cakap jangan angkat punggung dan sebagainya, nanti koyak banyak. Lagilah iolss cuak. Benda tu je keep replaying dalam otak. Masa ni contractions tak teruk sangat lagi.

Dalam pukul 7 kitorang naik atas ke kamar bersalin. Oleh sebab dah pernah warded before ni plus dah pergi kursus peneman, kitorang tau dah la apa aturannya. Iwan pun kena pergi bahagian kecemasan nak daftarkan aku, sebab kaunter hasil belum bukak. Sampai kat kaunter nurse tanya, "Ye kenapa datang?" Then aku cakaplah, saya rasa saya dah nak bersalin dah ni. Dah keluar tanda. Dia tanya air ada keluar ke. Aku cakap belum lagi. Sebab kata-kata orang kalau air ketuban dah leaking, lagi cepat kot bukaan dia.

Lepas tu check mommy's and baby's heartbeat pulak. Both are okay. Nurse tanya scale sakit per 10. Aku cakaplah 3/10. Sebab sakit boleh tahan lagi masa ni. Lepas tu tunggulah lagi untuk CTG machine ada kosong. Benda ni lah paling bosan sekali. Dah la lama. Takleh main phone pulak tu. Kena termenung aje haha. Katanya kalau main phone nanti baby heartbeat tak cantik. Aku kena buat ni start dalam pukul 8 lebih sampai 9.15 macam tu. Bosan betul haha. Tapi tak apalah. It is part of journey. Part of life kan.

Lepas tu dah settle CTG check bukaan pulak. Dua kali check bukaan, dedua doc cakap 2cm. Tapi second doc cakap, dinding rahim macam dah nipis. Masa ni doc tanya, nak ubat tahan sakit tak. Aku pun acah-acah kuat la cakap boleh tahan lagi. Pasal memang masa ni sakit okay lagi. Boleh bertahan lagi. Instead aku mintak ubat cairkan kahak, pasal nose aku blocked. Dah hembus keluarkan mucus tu berapa banyak kali dah tapi it keep reproduced. Rimas gila. Plus aku pikir nanti time nak meneran you need proper breathing technique. So doc pun request la dekat nurse yang ambik ubat itu.

Dalam pukul 9.30 sempat pulak aku membuang. Lol. Tapi aku tak teran pun. Takut keluar lak baby ehe. Nasib najis senang keluar. Lulz. Pukul 10.30 aku dah start lapar pulak. Haha. Sakit-sakit pun masih ada selera makan ye tuan-tuan dan puan-puan. Agagaga. Iwan pun pergila belikan sandwich. Lepas tu aku keluar lah lepak makan dengan Iwan jap dekat luar. The whole time memang Iwan dekat luar aje. Aku dekat belah dalam. Tapi boleh je keluar-keluar dekat area situ masa siang. Malam je dia tak bagi sangat keluar. Masa ni contractions dah start lain macam dah. Time contractions datang dah kena berenti bercakap and tarik nafas dah. Fuhh fuhh.

Sampai pukul 11 pagi ni doc masih belum cek bukaan lagi buat kali kedua. Maksudnya last cek pagi tadi la dalam pukul 8. Aku dah siap makan aku masuk dalam balik. Ye la incase ada apa-apa nak cek lagi. Dalam pukul 1 tengah hari hospital bagi makan tengah hari. Aku makan ajelah. Lauk apa entah tak ingat. Ye la nanti dah masuk labour room dah tak boleh makan. Aku asyik terpikir takut tak cukup tenaga aje nak push nanti. So aku makan ajelah dengan penuh berselera. Ahaha. Tak terpikir ye effectnya selepas bersalin nanti bila mahu poopoo kali pertama ya. Lolol.

Masa dalam lunch hour ni aku dah mengadu kat Iwan, "Sakit B contractions ni. B doakanlah Allah kurangkan sakit." Aku makan sambil ambik nafas. Haha. Makan satu dua suap. Lepas tu tarik nafas layan contractions jap. Aku keep baca ayat nabi yunus tu. Tapi tulah. Aku rasa ayat tu more to bagi kekuatan dekat ko instead of kurangkan kesakitan. Because sakit nak bersalin ni lain macam betul sakitnya. Ahahaa. Maybe keep your sane. Macam tu lah. Supaya hati boleh sentiasa tenang walau jiwa bergelora. Ehh. Berpeluh kau masa ni tahan sakit.

Siap makan aku kena pindah wad transit. Wad lebih kurang masa yang kena warded 33 weeks tu. Tapi ni wad lain lah. Tapi masih lagi kerusi malas. Maybe ni tempat untuk orang-orang yang di jangka bersalin macam lambat lagi kot. Entahlah. Aku pun masuklah wad dulu. Dan bagitau Iwan. Memandangkan memang waktu tu waktu melawat, so Iwan pun datanglah kejap temankan aku dekat wad tu. Masa ni aku dah gengam tangan Iwan dah lain macam je. Haha. Setiap kali contractions datang. Lepas habis waktu melawat tu, Iwan pun keluar la. Maka aku pun teruskan menanti. Dalam pada menanti tu, aku pun pergilah ambik wuduk, solat siap-siap. Ye la apa apa karang kita tak tau kan. Nak berjuang fisabilillah ni. At least solat terakhir kita buat.

Dalam pukul 3 petang tak ada lagi doc cek bukaan kali kedua. Tapi aku dah rasa lain macam. Aku tanya Iwan, kalau aku ambik ubat tahan sakit okay tak. Dia cakap kalau tak tahan sangat ambik je lah. Iwan masa ni kat masjid sebelah hospital aje. Solat zohor. Masa ni contractions dah makin menjadi-jadi. Adalah nurse yang datang round untuk check heartbeat mommy & baby macam biasa. Masa ni aku tanyalah pasal ubat tahan sakit & mintak panggilkan doc. Sebab dah rasa macam ada benda nak terkeluar dah.

Ada member dekat sebelah, yang keluar tanda lebih kurang aku dalam pukul 5 pagi tadi. Dengan cek bukaan 2cm dalam 9 pagi tadi. Tapi aku pelik apasal dia macam okay je. Haha. Aku tanyalah dia. Tak sakit ke. Dia cakap sakit. Tapi dia cakap setiap kali dia sakit dia jalan dengan dia baca ya latif. Aku pun buat la apa dia ajar tu. Selagi larat. Tapi aku tak rasa pun sakit tu makin kurang. Haha why ooo why. Lepas tu setiap kali contractions datang aku genggam tangan dia. Aku cakap sorry. Dia cakap tak apa. Lepas tu aku dah tak tahan sangat, sebab doc tak datang-datang jugak cek bukaan, member ni tolonglah panggilkan doc. Sebab nampak aku macam nak bersalin sangat dah kot.

Sebelum tu dalam pukul 4 tu, aku dah call Iwan. Aku cakap, B saya rasa B dah kena datang sini dah ni. Lepas aku letak telefon sebab ada nurse panggil suruh tumpang bilik kelas satu kejap untuk cek bukaan. Nurse check dalam 2 kali lepas tu dia cakap dah bukak dalam 4/5cm macam tu. Tapi dia pesan jangan teran lagi. Dia cakap dah bolehlah nak tolak masuk labour room dah. Lepas tu yang kelakar tu masa tu dia suruh pindah katil yang dia boleh tolak tu, aku pergi berdiri je untuk pindah between katil tu. Haha. Dah kena marah. Dia cakap. Ehhhh kenapa berdiri. Ahahaah. Aku tengah contractions. Minda aku dah haze semacam aje. Lepas tu otw pergi kamar bersalin tu, ada pulak lah nurse yang datang untuk hantar ubat blocked nose tu. Haha. Aku tengah sakit nak bersalin ni, sempat pulak aku nak makan ubat lagi.

Lepas tu masa otw ditolak ke kamar bersalin tu, aku dok baca je ayat nabi yunus tu sambil kepit kaki. Sebab dah rasa Iman nak terkeluar sangat dah. Like kalau push sikit je aku rasa Iman dah keluar dah. Dah sampai kamar bersalin tu, dia tak masukkan aku terus dekat labour room, tapi dorang sibuk pulak dok nak pakaikan aku CTG lagi. Aku dah "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" entah kuat mana entah aku baca dengan sambil kepit peha dengan pegang besi katil tu sampai bergegau katil tu. That is how bad the contractions masa tu. Alalalala. Lepas tu agaknya dia tengok aku dah lain macam sangat. Datang la seorang sister berbaju biru datang cek bukaan aku. Masa ni aku rasa macam ada air terpekcik-percik dekat peha aku. Tapi aku macam tak berapa pasti. Sebab contractions yang terlampau sakit. Lepas sister tu cek bukaan aku. Dia cakap "Fully dilated." Terus masa ni dorang berkejaran tolak aku dekat labour room.

Sampai dalam labour room, masa ni elok aje azan asar. Dalam pukul 4.40. Lepas tu nurse dalam tu suruh pegang kaki, aku cakap tangan aku tak sampai. Kalau saya pegang benda lain boleh tak. Haha. Lepas tu nurse tu marah aku dia cakap, kamu tu dah la anak sulung, tak ada pengalaman lagi, dengar aje apa kami cakap ni. Hahahahaha. Lawak gile kena marah. Lepas tu aku cuba jugak pegang kaki aku. Kalau ikut apa aku baca kena pegang buku lali. Tapi aku dah pernah test dekat rumah memang tangan aku tak sampai, so aku pun masa tu pegang bahagian betis aku je. Lepas dah siap kangkang semua tu. Dia suruh terus push. Aku pun ingat-ingat apa aku baca. Dengan Iwan tak sempat masuknya. Tak ada orang pegangkan kepala aku. Aku angkat sendiri je. Push dekat bahagian perut masa contractions datang. Lepas tu sekali push alhamdulillah. Dorang cakap kepala dah keluar. Lepas kepala keluar dorang cakap, okay curi nafas. Aku pun nafas la laju laju, untuk next push. Sekali lagi contractions keluar, aku push lagi sekali. Lepas tu dah keluar lagi sikit agaknya entahlah aku pun tak sure hahahaha. Tapi nurse cakap haaa pandai haha. Lepas tu lagi sekali curi nafas. Tunggu contractions lagi sekali, aku push lagi sekali lepastu lahirlah Iman Qowiy bin Izwan.

Ya Allah, masa ni rasa macam-macam. Yang paling atas adalah perasaan yang terlampau lega. Sebab dah berjaya keluarkan seorang baby seberat 2.5kg. Miracle betul rasa. Dan mudahnya Allah aturkan. Alhamdulillah. I wasn't boost kelahiran aku senang, aku cuma bersyukur Allah mudahkan dengan 3 kali push. Pukul 4.58 petang, hari Selasa, 25 June 2019, Iman Qowiy dilahirkan. Lepas lahir tu Iman terus nangis which menandakan he is one healthy boy. Alhamdulillah. Iman dah siap nangis. Mama pulak sambung nangis. Entah apa entah rasa masa tu. Macam-macam rasa dia. Sampai nurse cakap, dahlah tu maknya nangis, bagi baby nangis pulak. Haha. Iman nurse letak atas mama sementara nurse jahit luka semua.

Luka episiotomy sahaja. Tapi lamanya dia jahit. Boleh tahan jugak sakitnya bila sampai ke kulit tu. Aku dok baca lagi "La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minaz Zhalimin" tu sambil kena jahit. Entah kuat mana entah aku baca. Serius la. Masa tu memang tak peduli kiri kanan. Bila dah settle, baru masa tu tenang sikit. Lepas tu aku mintak maaf dengan nurse yang jahit tu. Haha. Aku cakap sorry nurse, saya dok meraung apa entah tadi. Haha. Haila haila.

Fuhh lega. Alhamdulillah. Dah terlalu panjang. Maka saksikanlah sekeping gambar Iman selepas dimandikan pada hari lahirnya. Mama ayah sayang sangat dekat Iman tau.

Iman Qowiy bin Izwan