Sunday, November 16, 2025

Life updated!

Hai, sambung menulis semula! 

Tadi berhenti sebab tak feel bila ada orang sebelah nampak kita tulis apa. Sepertinya ketika dulu aku seorang graphic designer ada boss kat belakang lalu lalang masa kita tengah design. I know u get my feeling kan? Hahahahaha 

Dia jadi macam, tak dapat nak kucurahkan hatiku. Gitulah... 

Okay life update! Alhamdulillah, as I wrote before, I am now a mother of two freaking cute kids, Iman Qowiy & Hajar Attahirah! Thank you Allah for blessing me with both. And has been with Mamasab for few years now, 6 years already, and learn a lot! Alhamdulillah, life got better.

Rumahtangga so far alhamdulillah, got rough patch a bit, tapi biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit kan? But now alhamdulillah, hopefully kita tawakal sahaja, semoga segalanya baik2 sahaja kan? 

And Iwan now dah full time jugak dengan Mamasab. Alhamdulillah, all is okay now. Doakan tau, semoga kita makin maju, dapat capai banyak benda untuk kehidupan yang lebih baik lepas ni. Doakan selalu okayy!

I miss writing actually. But maybe sebab too busy with chasing dream, I stop for a while. Or maybe it wasn't that. Maybe because somehow I was fixing my heart, so I stop for a while. I take time to heal. And hopefully, everything is okay now.

Bukanlah orang yang baik. Masih pendosa. Just hope for the best... Doakan ye, semoga semuanya baik2 sahaja...

Iman & Hajar Journey! Since 2023

I guess I should rename this page already! Haha


Surprise, I am now a mother of two! Alhamdulillah alhamdulillah. A boy and a girl. And that is my wish. And aku percaya, ramai yang berimpian yang sama. Ada anak, lelaki perempuan sepasang. You got everything that u wished for. Jadi ujiannya di mana?


Hajar Attahirah dilahirkan sebagai down syndrome clild, trisomy 21. Where di dunia, 1 dari 1000 kelahiran. Chromosome ke 21 dia terpecah tiga as compared to us typical yang terpecah dua shj.


Okaylah nanti sambung tulis lagi, sebab husband sy bising sebelah ni tengok video pancing ikan. Bai! Tak fokus gueee nak menulis.